BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 24, 2011

Rumah Pasang Siap

Di luar negara terdapat pelbagai kaedah rekabentuk rumah pasang siap. Adakah anda juga teringin untuk memiliki rumah seperti ini? Tepuk dada tanyalah selera...

RUMAH KUBAH
Rumah ini digelar 'habitat untuk kurun ke-21', rumah kubah telah dibuat oleh Japan Dome House Co. yang direkabentuknya menyerupai rumah iglu. Bahan-bahan untuk membina rumah ini ialah fom polisterin yang telah dikembangkan ataupun 'styrofoam'. Sebenarnya mereka membina rumah ini dalam banyak konfigurasi dan saiz yang pelbagai untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan. Malahan apa yang lebih menarik lagi tentang rumah ini ialah ia diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak akan reput dan tidak akan menarik serangga-serangga mendekatinya.
MAISON EVOLUTIV
Rumah seluas 70 meter persegi yang digelar Maison Evolutiv ini dibina menggunakan dua modul yang telah di prarekacipta dan diletakkan di atas satu sama lain. Pihak pembinanya telah meletakkan bahagian atas rumah sebagai paksi untuk mencipta pelbagai ruang luaran dengan kawasan dalaman. Rumah ini juga adalah sebuah rumah yang mesra alam yang hanya menggunakan tenaga sebnyak 48kwh bagi setiap meter persegi dalam tempoh setahun. Sistem solar di bahagian bumbung rumah membekalkan kemudahan air panas manakala simpanan air hujan pula akan digunakan untuk kemudahan tandas dan juga hiasan landskap.
RUMAH HOMESTEAD
Rumah Homestead ini dibina sebagai rumah pasang siap di luar grid yang dicipta daripada besi kitar semula dan direkabentuk oleh perekabentuk Michael Jantzen. Rumah ini menggunakan bahan-bahan besi yang sangat kormesial, rendah dalam kos dan senang didapati. Jadi bahan-bahan ini semua dapat menjadikan rumah-rumah ini lebih mudah dibuat dan juga adalah sangat kukuh. Malahan rumah ini juga adalah sepenuhnya boleh dikitar semula kerana ia mudah dibuka semula dan dipasang di mana-mana sahaja.

RUMAH MESRA ALAM ADEX
Rumah istimewa ini dicipta oleh Alberto Lara dan Paula Noguron dan diperbuat daripada bahan-bahan yang dikitar semula dan sangat mesra alam. Adex sangat mudah dipasang di mana-mana sahaja serta mempunyai keupayaan untuk meyesuaikan dirinya dengan mana-mana tapak yang berlainan serta boleh diubahsuai untuk disesuaikan dengan keperluan sekitarnya. Malahan pecahan-pecahan berbentuk segitiga ini juga sangat mudah untuk dibuka jika pemiliknya berhasrat untuk berpindah ke tempat lain.

0 comments: