BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 30, 2012

Petua

Ha nie ada beberapa petua yang boleh di cuba....

  • Menjernihkan minyak masak - Setiap kali selepas menggoreng,ambil sedikit kerak nasi dan goreng kerak menggunakan minyak tersebut.Warna hitam pada minyak akan diserap oleh kerak nasi dan minyak akan menjadi jernih semula.
  • Elak buah lebam - Buah epal mudah lebam apabila dipotong. Untuk mengelakkannya,sebelum memotong buah-buahan,pisau hendaklah di sapu dengan limau nipis terlebih dahulu.Hasilnya buah epal    kelihatan segar.
  • Tauhu Tahan Lama - Bagi mencegah tauhu yang dibeli dapat tahan lama,cuci dahulu tauhu dengan air bersih. Tos tauhu sehingga kering dan tuangkan air panas.Biarkan sehingga sejuk.
  • Menghilangkan pahit petai - Kupas kulit petai dan rendamkannya di dalam air. Tuangkan air kapur dan biarkan terendam selama 15 minit. Kemudian bilas dan masak seperti biasa.

0 comments: