BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 19, 2010

"TIP PENGGUNAAN INTERNET UNTUK KANAK-KANAK"

Salam,

Smlm semasa saya dok lepak2 di rumah sementara menanti tc sy direnovate, sy luangkan masa bersama Berita HArian ruangan 1klassifieds. Sy terpanggil untuk berkongsi bersama kwn2 dan pembaca di luar sana. Mana lah tau korang sume xsempat bace paper or terlepas pandang ker..maklumat yang ingin disampaikan tentula berguna kepada anda dan keluarga anda..

Dalam zaman IT sekarang nie, sudah acapkali kita dengar anak2 diluar sana menyalahgunakan internet untuk aktiviti yang tidak berfaedah tanpa kita sedari. Justeru itu, tip2 yg dipetik dr akhbar sensasi ini diharap dpt membantu ibubapa,kakak,abg, datuk dan nenek di luar sane untuk memantau aktiviti berinternet anak, adek dan cucu anda.

Berikut adalah tip2 yang disarankan:

1) Letak komputer di tempat umum (Supaya senang anda awasi anak2 anda ketika melayari internet)

2) Tandakan (Bookmark/Favorite)laman kegemaran anak anda agar senang untuk anda melayari laman web tersebut.

3) Berkongsi akaun email dengan anak2 anda agar dpt semak mesej yang diterima/dihantar anak anda(Kebelakangan ini byk email yang dihantar tidak sesuai untuk bacaan kanak2)

4) Luangkan masa melayari internet bersama anak anda.

5) Jangan benarkan anak anda memasuki ruangan sembang (chat room)(bole set setting kt control panel)

6) Selalu mengawasi kad kredit dan bil telefon anda untuk menyemak bayaran akaun yang luar biasa.

7) Laporkan salinan mesej negatif seperti unsur lucah/ugutan kepada penyedia perkhidmatan internet (internet service provider)

8) Disabled "cookies" (setting kat internet options)

Beberapa tip di atas telah sy amalkan untuk memantau kegiatan internet adek2 sy. Iyela kan internet ader 1000 kebaikan dan jika disalahgunakan ianya akan menjadi 1000 keburukan.Sekian.

0 comments: