BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 21, 2010

Pengalamanku di Tc

Salam untuk semua.....

Pertama kali aku menjejak kaki di Tc,aku diterpa masalah.MODERM ROSAK?Aku di tukar moderm baru. Ku kira masalah dah selesai namun masalah berkaitan elektrik pulak.ARRRgghh....aku memanggil pihak berkaitan.Kutunggu sehari dari sehari tak kunjung tiba akhirnya aku memanggil pihak lain.Al-hamdulillah,akhirnya selesai jua masalahku.Aku mula buka internet tapi internet tetap jua TAKDER? Apa lagi yang tak kena nie?Aku mencari punca..la..telefon takder line pulak.Aku cuba lagi..akhirnya internet okey.Aku dengan gembira menulis tentang pengalamanku ini akan tetapi kenapa internet kejab ader kejab takder?Apa sebenarnya yang berlaku.WHATEVER.....
Kepada semua pengunjung setiaku....selalulah layari laman web ini.Akan ku tulis mengenai berbagai perkara. Akhir sekali ku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA..........

Tip Merawat Bibir Mengelupas

Berada dalam ruangan berhawa dingin atau berudara kering boleh menyebabkan bibir menjadi mengelupas dan pecah-pecah.Jika kita banyak melakukan aktiviti di luar,pilihlah pelembab bibir yang mengandungi sunscreen.Kulit bibir memang lebih tipis dari kulit lain dan sangat sensitif terhadap sengatan matahari.Oleh kerana itu,kita mesti lebih hati-hati dalam merawatnya.

  • Oleskan pelembab yang mengandungi petroleum jelly setiap beberapa jam sekali untuk siang hari.
  • Sebelum tidur oleskan kembali lip balm.
  • Jangan terlalu sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir lebih kering lagi.
  • Lip balm mengandung camphor memang memberikan kesan mendinginkan,tetapi kalau terlalu sering digunakan boleh menimbulkan iritasi.
  • Amalkan minum air putih dan mengambil vitamin c.

Tuesday, June 15, 2010

AnDa penggeMar Buah-buaHan KeRing??



Berita baik untuk para penggemar buah-buah kering...

Buah-buahan kering sebenarnya masih mempunyai khasiat yang baik walaupun telah mengalami proses pengeringan.

PRUN - ia amat kaya dengan serat,potassium dan antioksida.Lima biji buah prun adalah bersamaan dengan 100 kalori.
KISMIS - buah anggur yang telah dikeringkan ini merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh.kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun yang tidak larut dapat membantu sistem penghadaman dan juga mengurangkan kolesterol dalam badan.
CERI KERING - ia adalah cara paling enak untuk mendapat bekalan potassium dan vitamin A dalam diet anda.
KURMA - mengandungi banyak karbohidrat.3 biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi dan hanya 96 kalori.
APRIKOT KERING - mengandungi zat besi,potassium,beta karotena dan serat yang tinggi.
BUAH TIM KERING - ia membantu mengurangkan 'kolesterol jahat'. Selain membekalkan serat yang banyak,buah tim juga mengandungi kalsium,besi,vitaminB6,vitamin E dan juga potassium.

AnDa penggeMar Buah-buaHan KeRing??

Friday, June 11, 2010

Okey Jugak jadi cikgu...

Salam.......

Pertama kali jadi tenaga pengajar,rasa cam best pulak...
Teringat dulu camner guru ajar kita..

Thursday, June 10, 2010

Anda StrEss?

Ini ada tip untuk mengurangkan stress:-

  • Aromaterapi - wap haruman yang dihidu akan diserap oleh aliran darah ke sistem saraf. Otak akan mengawal perlepasan hormon dan emosi.
  • Komunikasi - Boleh bertukar fikiran dan berbual maka stress boleh dikurangkan.
  • Muzik - Parasympathetic nervous system (PNS) pada otak akan merangsang tubuh dan fikiran untuk lebih rileks.
  • Yoga - dapat meningkat dan memperbaiki perjalanan darah ke seluruh badan.

Tuesday, June 8, 2010

Tip kekal aroma wangian

1. Sembur minyak wangi pada belakang pergelangan tangan,lipatan siku dan leher. Cara ini membuatkan minyak wangi tahan lebih lama.

2. ketika memakai minyak wangi,disarankan tidak menggesel kerana ia boleh merosakkan molekul minyak wangi dan mengurangkan baunya.

3. semburkan pakaian lembab dengan minyak wangi dan keringkan pakaian untuk haruman yang lebih hebat.

Sunday, June 6, 2010

Buah Kiwi

Buah Kiwi kaya dengan kandungan antioksidan yang diketahui membantu mengurangkan risiko penyakit barah dan serangan jantung.Buah ini juga kaya dengan vitamin C yang bagus untuk menghapuskan bahan sampingan yang boleh menjejaskan daya tahan tubuh badan.

Pengurus Baru

Salam....

Untuk makluman,kini telecenter kg permatang duyong telah dibuka kembali.Saya sebagai seorang pengurus baru mengalu-alukan kehadiran anda bagi menghadiri kelas bimbingan komputer dan internet. Majulah Bangsa,Majulah Negara.