BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 24, 2010

Tempat Pelancongan Paling Misteri Di Dunia

Bermuda
Di Atlantik barat laut, terletak Segitiga Bermuda. Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang. Segitiga ini juga disebut sebagai Segitiga Syaitan - semua alat berteknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak berfungsi secara normal di tempat tersebut. Bahkan seringkali komunikasi dengan dunia luar segitiga ini menjadi masalah. Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana untuk mencegah perkara ini.
Pulau Paskah
Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile, dan meraih populatiri antarabangsa kerana patung raksasa luar biasa yang berbentuk wajah manusia. Tiap patung tingginya adalah 14 kaki (sekitar 4 meter), berat sekitar 14, diperbuat dari batu vulkanisme dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui. Sehingga kini belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut. Ada berbagai teori mengenai asal patung ini dan pengertiannya termasuk salah satunya adalah teori fantastik yang mengatakan bahawa patung ini dibuat oleh UFO. Tapi sehingga kini kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap.
Mesir
Salah satu tempat paling misteri dan ajaib di planet. Berada di Afrika Utara, negara ini memiliki lebih dari 80 piramid yang tersebar di sepanjang Sungai Nil. Masing-masing tingginya mendekati 100 meter dan diperbuat dari batu raksasa dengan berat masing-masing mencapai 100 tan. Sehingga kini legenda mengenai piramid masih mengundang pelbagai gosip baru, mitos dan kepercayaan baru juga muncul. Dari kesemua piramid, yang tertinggi adalah Piramid Cheops. Semua piramid dibina hanya dengan menimbunkan satu batu di tas batu lainnya. Tidak ditemui gam, paku, atau perekat apapun digunakan dalam pembuatan piramid. Semua batu entah bagaimana saling kena, sehingga sangat sukar ditemui adanya retakan atau celah. Permasalahan pembangunan yang digunakan juga belum terjawap sehingga saat ini.

Antartika
Antartika adalah tempat yang sangat tidak mesra untuk dihuni. Begitu banyak perubahan dan fenomena yang sehingga kini menjadi rahsia besar buat sebahagian besar dari kita. Antartika juga memiliki banyak misteri, dari 14 juta kilometer benua tertutup salji dan ais dengan ketebalan antara 2000 sampai 4800 meter. Ada juga pulau yang kering tanpa salji.

Geyser
Geyser adalah aliran air panas yang menyembur ke permukaan tanah. Geyser selalu tampak menarik dan misteri. Salah satu tempat di Reykjavik, ibu negeri Iceland, terkenal dengan geysernya yang mencapai diameter 20 meter dan ketika hujan, boleh menemui pemandangan yang mengerikan. Aliran air yang menyembur luar biasa sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Di persekitaran geyser di sungai Yangbo, Tibet, China, geyser yang ada dapat meyembur dengan bunyi yang mengejutkan setiap beberapa minit sekali. Diameter semburan air panas ini mencapai 2 meter dan ketinggian semburannya dapat mencapai 20 meter.

Monday, August 23, 2010

MEMBAZIR MASA ANTARA KESILAPAN KETIKA RAMADAN

Kesilapan orang yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan.

  • Masih makan dan minum ketika azan Subuh.
  • Bersahur awal dan melewatkan berbuka.
  • Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.
  • Tidak menjaga solat fardu atau melengah-lengahkannya.
  • Tidak menjaga lidah daripada ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah atau berdusta.
  • Membazir masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio.
  • Meringan-ringankan ibadat sunat (berdoa, berzikir, membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).
  • Tidak menunaikan solat Terawih.
  • Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal Ramadan, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan pada sepuluh malam terakhir.
  • Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir. (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulai).
  • Bakhil, kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.
  • Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.
  • Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram).
  • Tidak memperbanyakkan takbir pada malam raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.
  • Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.
  • Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.

Thursday, August 19, 2010

Hutan Hujan Utama Di Dunia

TAMAN NEGARA GUNUNG KINABALU, MALAYSIA

  • Taman Negara ini menyimpan pelbagai spesies yang jarang ditemui bagi burung dan juga bunga. Malahan bunga orkid dan rafflesia juga boleh ditemui di sini. Turut terdapat di sini ialah pokok-pokok yang sangat tinggi, lintah merah selain beberapa jenis tumbuhan karnivor dan juga cacing tanah gergasi.

TAMAN NEGARA EMAS DAN CHAPADA DOS VEADEIROS, BRAZIL
  • Kawasan hutan hujan ini sangat terkenal kerana tumbuhannya yang lebat serta hidupan liarnya. Malahan semua ini berjaya membantu dan mengekalkan kawasan Cerrado dengan biodiversitinya dan menjadi habitat bagi beberapa jenis tumbuhan dan haiwan.

HUTAN AWAN EQUADOR

  • Hutan Awan Equador ini seolah-olah membawa pengunjungnya berada di tempat lain. Kita boleh melihat yang kawasan hutan awan ini akan mengunjur sehingga ke dua-dua bahagian di Andes dan cukup dikenali kerana biodiversiti yang boleh ditemui di situ yang antaranya yang paling menarik ialah kepelbagaian spesies burung yang sangat sukar ditemui. kawasan kabus dan kawasan hijau hutan ini turut menyimpan pelbagai himpunan keindahan bunga-bunga orkid dan juga bunga-bunga lain dan tidak lupa juga burung yang pelbagai jenis.

DAINTREE, AUSTRALIA

  • Kawasan hutan ini lebih dikenali sebagai sebuah hutan hujan yang bertemu dengan batu karang. Kawasan ini terletak di Utara Queensland dan mempunyai spesies flora dan fauna yang paling sukar ditemui di bumi kita. Juga boleh ditemui pelbagai jenis rama-rama, kelawar, katak dan juga berjenis-jenis reptilia di kawasan ini. Hutan ini dikatakan telah wujud sejak 135 juta tahun yang lampau dan keindahan kawasan ini hanya dapat dinikmati dan dikagumi oleh para pengunjung yang pernah bertandang di situ dan menyaksikannya sendiri.
HUTAN HUJAN AMAZON

  • Walaupun sebenarnya hutan hujan Amazon ini merangkumi sehingga 9 negara namun kebanyakkan atau sebahagian besar darinya adalah berada di Negara Brazil. Ini adalah hutan hujan yang paling besar di dunia dan oleh itu tidak hairanlah ia mempunyai biodiversiti yang cukup banyak berbanding mana-mana hutan hujan yang lain. Antaranya yang boleh ditemui di sini ialah seperti haiwan-haiwan yang pelik,tumbuh-tumbuhan yang cantik serta pelbagai jenis ikan. Turut boleh dijumpai di hutan yang penuh eksotik ini ialah pelbagai hidupan mamalia dan reptilia.

Monday, August 16, 2010

KaTaK AnEH....

Katak Mantel Merah
Katak ini memiliki mantel atau sarung merah/jingga di permukaan dorsal atau bahagian belakang badannya. Katak kecil ini, mencapai ukuran 2.5 cm panjangnya. Ukuran ini adalah kecil dan katak ini merupakan katak darat asli Madagascar.


Katak Darwin
Katak Darwin Chile cukup teratur muncul hingga sekitar tahun 1978 namun kini tidak kelihatan lagi. Ada kemungkinan spesies ini sudah pun pupus. Spesies ini yang dapat hidup di daun sampah di lantai hutan memiliki metode atau cara yang bukan kebiasaan dalam penjagaan anak-anaknya. Spesies jantan akan mengambil telur dari sarang ke kantung suaranya, tempat mereka menetas setelah sekitar lapan hari. Ketika mula merasakan yang baru menetas itu menggeliat-geliut, katak jantan akan membawa merka ke sungai untuk melepaskan anak katak. Di sini mereka akan menyelesaikan metamorfosis mereka.

Katak Beracun
Katak beracun dengan warna seperti biru cerah adalah nama umum dari sekelompok katak dalam keluarga Dendrobatidae dan merupakan katak asli Amareka Tengah dan Selatan. Tidak seperti kebanyakkan katak, ia adalah spesies yang aktif di siang hari dan sering menunjukkan tubuh berwarna cerah. Walaupun semua Dendrobatidae setidaknya agak beracun di alam liar, peringkat ketoksidaannya bervariasi dari satu spesies ke spesies berikutnya dan dari satu populasi yang lain. Banyak spesies yang berkeadaan genting dan terancam pupus. Amfibia ini sering digelar 'katak panah' oleh peribumi Amareka akibat penggunaan rembesan beracun mereka untuk meracuni hujung panahnya.


Katak Bantal
Katak Bantal boleh membesar sehingga enam inci panjang dan ia mendiami Uruguay, brazil dan argentina Utara. Walaupun mungkin kelihatan seperti bantalan tidak bergerak namun katak ini pantas ketika menyerang mengkarung, tikus kecil, burung ataupun katak yang lain.



Katak Atelopus
Dikenali dengan pelbagai nama antaranya katak badut atau Costa Rica Variable harlequin Toad. katak ini adalah spesies katak neo-tropic yang dahulu hidupnya cukup luas tersebar di seluruh Costa Rica dan Panama. Spesies ini terancam dalam keadaan genting dan hanya tinggal sedikit terutama saki-bakinya di Panama.

Friday, August 6, 2010

FAKTA MENARIK

  1. Katak jenis kayu boleh dibekukan, kemudian dikeluarkan semula dan terus hidup kerana dia menggunakan glukos di dalam badannya untuk mempertahankan organ-organ penting dalam badan jika mereka berada dalam keadaan beku.
  2. Telur ayam yang paling besar di dunia ialah seberat satu paun dan mempunyai dua bahagian kuningnya.
  3. The Great Comet yang dapat disaksikan pada tahun 1843 mempunyai ekor sepanjang 300 kilometer.
  4. Lebih 99% daripada labu yang dijual di Amerika Syarikat digunakan semata-mata untuk tujuan hiasan.
  5. Sebuah wilayah di Kanada iaitu New Brunswick pernah mengalami peperangan dengan sebuah wilayah di Amerika Syarikat iaitu Maine pada 1839 namun tiada pertumpahan darah yang berlaku.
  6. Tidak akan ada dua ekor kuda belang yang mempunyai corak belang yang sama.
  7. Paus jenis orka mampu menahan nafasnya selama 15 minit.
  8. Kilang biskut terbesar di dunia letaknya ialah di Chicago iaitu kilang Nabisco yang pada tahun 1997 telah mengeluarkan sebanyak 4.6 bilion biskut Oreo.
  9. Tasik Ontario pasa asalnya dinamakan sebagai Tasik St.Louis.
  10. Golongan wanita akan berkemungkinan mendapat masalah kaki lebih 4 kali ganda berbanding golongan lelaki.

Tuesday, August 3, 2010

Sepotong roti PENEBUS DOSA

Diriwayatkan oleh Abu Burdah bin Musa al-Asy'ari ketika menjelang wafatnya Abu Musa, lelaki itu berkata kepada puteranya: "Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita perihal seseorang yang mempunyai sepotong roti."
Zaman dahulu, di sebuah tempat ibadat, ada seorang lelaki yang sangat tekun menjalankan suruhan ALLAH SWT dan dilakukannya kira-kira 70 tahun selain tidak pernah meninggalkan tempat itu kecuali pada hari yang ditentukannya.
Bagaimanapun, satu hari dia digoda seorang wanita sebelum bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari. Selepas tersedar, dia bertaubat dan mengembara selain tidak pernah lupa untuk menjalankan suruhan-NYA. Akhirnya, dalam pengembaraannya, dia sampai di sebuah pondok yang dihuni 12 fakir miskin. Kerana keletihan, dia tertidur di pondok berkenaan bersama kumpulan fakir miskin itu.
Di sebelah pondok berkenaan, tinggal seorang lelaki yang memberi sebuku roti kepada setiap fakir miskin di sana setiap malam. Pada suatu hari, datang individu lain memberikan sebuku roti kepada setiap daripada mereka. Bagaimanapun, seorang fakir miskin berkenaan tidak menerima roti kerana bahagiannya sudah diberikan kepada lelaki yang bertaubat itu. Bertanyalah fakir miskin itu: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku?" Individu berkenaan menjawap:"kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya telah habis dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih daripada sebuku roti setiap seorang." mendengar ungkapan itu, lelaki yang bertaubat itu mengambil roti diterimanya dan diserahkan kepada fakir miskin yang tidak mendapat bahagiannya. Keesokkan harinya, dia meninggal dunia.
Di depan ALLAH SWT, ditimbang amal ibadat yang pernah dilakukan lelaki berkenaan selama kira-kira 70 tahun dengan dosa tujuh malamnya. Ternyata hasil timbangan itu, amal ibadatnya dikalahkan oleh maksiat terbabit. Bagaimanapun, ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukan, ternyata amal sepotong roti itu dapat kalahkan perbuatan dosa terbabit.
Kepada anaknya, Abu Musa berkata:"Wahai anakku,ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu."