BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 30, 2012

Petua

Ha nie ada beberapa petua yang boleh di cuba....

  • Menjernihkan minyak masak - Setiap kali selepas menggoreng,ambil sedikit kerak nasi dan goreng kerak menggunakan minyak tersebut.Warna hitam pada minyak akan diserap oleh kerak nasi dan minyak akan menjadi jernih semula.
  • Elak buah lebam - Buah epal mudah lebam apabila dipotong. Untuk mengelakkannya,sebelum memotong buah-buahan,pisau hendaklah di sapu dengan limau nipis terlebih dahulu.Hasilnya buah epal    kelihatan segar.
  • Tauhu Tahan Lama - Bagi mencegah tauhu yang dibeli dapat tahan lama,cuci dahulu tauhu dengan air bersih. Tos tauhu sehingga kering dan tuangkan air panas.Biarkan sehingga sejuk.
  • Menghilangkan pahit petai - Kupas kulit petai dan rendamkannya di dalam air. Tuangkan air kapur dan biarkan terendam selama 15 minit. Kemudian bilas dan masak seperti biasa.

Ramadhan

Selamat Berpuasa...bagi tahun 2012.Lama jugak aku tak bukak blog.Terasa rindu pulak..hehehe...Tahun nie tahun paling banyak dugaan buat diriku.Rasa macam tak tertanggung tapi al-hamdulillah...biar kita sakit asalkan tidak berpenyakit.Bukan mudah untuk menyingkirkan jika hati mudah tersinggung.Bukan mudah untuk menyingkirkan jika ada perasaan marah.Dan bukan mudah untuk mengelakkan perasaan sedih.Fitrah dunia bagi perasaan manusia yang berjiwa sensitif. Kesabaran yang jitu adalah kekuatan dalam kehidupan....

Dewasa ini kita telah di sajikan pelbagai musibah yang sering kita panggil BENCANA ALAM.Tapi sedarkah kita sebenarnya ini adalah BALA.Kita lupa siapa kita.Kita lupa agama.Kita lupa Tuhan yang menjadikan kita.Kita sering leka dengan kekuasaan,kemewahan,kemegahan yang tiada nilai di sisi ALLAH S.W.T.Apakah kita sebenarnya tidak takut berhadapan denganNYA kelak?Mengapa kita tidak mahu hidup dalam ketenangan,kedamaian dan berkasih sayang?Kita kata kita baik..tapi tanyalah hati adakah kebaikkan kita itu ikhlas?

Berfikir...dengan akal yang waras
Berfikir...tidak mengikut nafsu
Berfikir...tidak mengikut perasaan
Berfikir...dengan jiwa yang tenang