Alhamdulliah, meeting wat pertama kalinya bersama dengan semua pengurus telecenter dr perlbagai mukim, melaka berjalan dengan lancar. Kami semua berjawatan pengurus ini membentuk satu persatuan yg belum diberi nama lagi..mungkin jgks bole dipanggil sebagai persatuan TELECENTER MELAKA. Tujuan persatuan ini dibentuk adalah untuk merapatkan silaturrahim antara pengurus telecenter, berkongsi maklumat berkenaan dengan ICT, berkongsi masalah telecenter dan membincangkan perkara2 yg bkaitan dengan ICT serta mencari jalan penyelesaian bagi isu2 yg berbangkit.
Meeting arinie disertai oleh 11 org dr mukim yg berbeza dan seorang ketua telah dilantik iaitu en.Maizal dr telecenter Bukit Lintang dan seorang setiausaha iaitu cik imah dari telecenter Krubong. Antara isu yang dibincangkan pada hari ini ialah berkenaan dengan cadangan menambah software spt software pendidikan (Pembelajaran BM,BI, MAtematik dan sains menggunakan komputer), waktu operasi telecenter dan sebagainya. Kata muafakat telah dicapai, dan kami semua bersetuju untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.
Diharapkan, dengan adernya persatuan ini, kebajikan kami pengurus Telecenter Melaka terjamin dan secara tidak langsung terbentuk perpaduan dikalangan ahlinya. Sekian.
0 comments:
Post a Comment