BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 29, 2010

BiJak membeli KereTa



Pengguna yang ingin membeli kenderaan baru atau terpakai di pasaran perlu mempunyai sedikit pengetahuan dalam membuat penilaian sesebuah kenderaan yang ingin dibeli.Sejak awal lagi pembeli perlu jelas dan menetapkan tujuan membeli kereta. Jangan terpengaruh dengan taktik penjual kereta yang mempengaruhi anda untuk membeli kereta lain. Biasanya ada tiga sebab mengapa seseorang ingin membeli kereta iaitu :-
  • Memenuhi keperluan dasar sebagai alat pengangkuta seharian.
  • Untuk menunjukkan status atau diri dalam persekitaran masyarakat.
  • Untuk mendapatkan kepuasan diri sendiri atau memuaskan hobi.

Selepas mengkategorikan diri anda dalam kelompok berkenaan anda boleh menyemak langkah berikutnya:-

  1. Pilihlah kereta yang popular untuk menjamin harga jual kembali yang menguntungkan, selain itu kemudahan alat ganti dan kemudahan servis lengkap.
  2. Pilih warna aksesori yang banyak diminati.Jangan terlalu memilih warna kerana ia boleh merugikan kelak.
  3. Sedari batas kemampuan anda. Jangan terlalu gelojoh membeli kereta yang lebih mewah. selain anggaran, biaya penyelenggaraan dan operasi seharian yang lebih mahal.
  4. Harga kenderaan di Malaysia berdasarka pasaran semasa, untuk itu kunjungi lebih dari satu penjual. Biasanya ada perbezaan layanan penjual kenderaan seperti bunga pinjaman lebih rendah dan jaminan servis kenderaan.
  5. Jika ingin bertukar beli, jangan sebut harga dahulu sebelum tahu harga kereta baru. kerana biasanya harga kereta baru lebih mahal, jika kena dengan harga jual semula ia boleh mengurangkan sedikit kos anda.

Tuesday, July 27, 2010

Rempah Memiliki Khasiat Penyembuh

CENGKIH

Bahan dengan aroma khas ini mengandungi bahan kimia anti-radang yang dikenali sebagai eugenol. Melalui kajian pada haiwan, haiwan ini menghalang COX-2, iaitu sejenis protein yang menimbulkan peradangan. Selain itu cengkih juga kaya dengan antioksida.Kombinasi kedua-dua bahan ini mempunyai khasiat pada kesihatan bermula dari jantung dan membantu mencegah kanser, hinggalah melambatkan kerosakkan tulang rawan akibat radang sendi. Selain itu, komponen di dalam cengkih juga dilihat dapat memperbaiki insulin.

Jika anda sakit gigi, cuba letakkan sedikit cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya. Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. Minyak cengkih berfungsi untuk melawan bakteria sekaligus memberi kesan mematikan rasa. Hasil kajian menunjukkan cengkih juga membunuh bakteria tertentu yang kebal terhadap antibiotik.

KETUMBAR

Biji ketumbar digunakan selama ribuan tahun untuk membantu pencernaan. Cuba buat teh pekat daripada biji ketumbar yang dihaluskan dan ditapis sebelum diminum. Herba ini boleh membantu mengatasi sindrom gangguan usus dengan cara melegakan kekejangan usus yang boleh menyebabkan cirit-birit.

Kajian-kajian terdahulu juga telah menunjukkan bahawa ketumbar boleh meredakan kepanikan. Kandungan minyak di dalamnya pula dikatakan dapat melawan bakteria, termasuk e-coli dan salmonella. Di samping itu, kajian lain menunjukkan bahawa ketumbar boleh menurunkan kadar kolesterol selain mempunyai antioksidan di dalamnya.

BUAH PALA

Sama seperti cengkih, buah pala mengandungi eugenol iaitu komponen yang berkhasiat menjaga kesihatan jantung. kandungan myristicin di dalam herba ini boleh menyebabkan euphoria. Kesan ini nyata sama kesannya dengan ubat ekstasi.

Namun, dari aspek perubatan, buah pala mengandungi komponen bakteria yang kuat. Komponen di dalamnya boleh membunuh sebahagian bakteria penyebab gigi berlubang di dalam mulut. Selain itu, myristicin juga dilihat menghalang enzim di dalam otak yang boleh menyebabkan penurunan daya berfikir seseorang serta memperbaiki memori pada tikus.

SAGE

Sage dikenali sebagai penguat memori. Kajian di makmal menunjukkan bahawa sage melindungi otak daripada proses-proses yang menyebabkan daya fikir menurun secara drastik.

Kajian pada manusia menunjukkan minyak di dalam sage berfungsi memperbaiki keadaan hati, meningkatkan kepekaan, ketenangan dan kepuasan. Kajian mendapati mendapati orang dewasa sihat mempunyai prestasi ujian mengingat yang lebih baik setelah mengamalkan kapsul yang mengandungi minyak sage ini.

Sage juga dikatakan berpotensi mengatasi diabetes. Herba ini dilihat meningkatkan kerja insulin dalam menurunkan kadar gula darah sehingga sage disebut-sebut sebagai metformin ( iaitu ubat anti-diabetes yang sering digunakan ). Beberapa pengkaji juga mengatakan bahawa suplemen sage boleh membantu mencegah diabetes tahap 2.

Friday, July 23, 2010

InFo MinDa

  1. Sukan paling tua di dunia ialah gusti. Ia wujud sejak 4,000 tahun lalu di China, India dan Mesir.
  2. Manusia makan kacang sejak sejarah bermula kerana ia makanan yang sihat, berzat dan enak. Kacang juga mengandungi serat yang tinggi.
  3. Tikus adalah haiwan pemusnah. Haiwan itu memusnahkan satu pertiga daripada bekalan makanan dunia setiap tahun.
  4. Purata setiap manusia membuat 1,140 panggilan telefon setahun.
  5. Telur sering dikaitkan dengan makanan yang sempurna. Ia mengandungi lapan asid amino yang penting bagi pembentukkan protein diperlukan untuk pembesaran tubuh.
  6. Perkataan 'checkmate' berasal daripada bahasa Parsi 'Shah Mat' yang bermaksud 'raja dah mati'.
  7. Fabiana Luigini Caruana adalah pemain catur termuda paling bijak di dunia. Dia memegang gelaran Grand Master pada usia 14 tahun dan hingga kini tiada siapa lagi mampu memadamkan rekod itu.
  8. Padang pasir Atacama di Chile adalah salah satu tempat paling kering di dunia. Di sesetengah bahagian kawasan ini tidak pernah ada hujan.
  9. Gajah tidak pernah lupa mungkin sekadar kata-kata, tetapi hakikatnya haiwan berkenaan mempunyai daya ingatan yang tinggi berbanding haiwan lain.
  10. Walaupun sering dilabel pemangsa, ikan piranha biasanya hanya makan ikan lain dan jarang menyerang manusia.
  11. Badak betina adalah haiwan paling penyayang dalam dunia binatang. Ia akan memelihara anaknya sehingga berusia tiga tahun, malah selepas itu ibu dan anak masih kelihatan bersama.
  12. Di Itali terdapat sebatang sungai yang panjangnya cuma 84 meter saja. Sungai itu terbentuk daripada aliran air jeram gunung dan berakhir di Tasik Garda.
  13. Seorang bayi yang baru lahir memiliki 350 tulang lembut. Angka ini sebenarnya 150 lebih banyak berbanding tulang manusia dewasa. Jika dicantumkan kesemua tulang yang terdapat dalam tubuh seorang manusia sebenarnya ia lebih keras daripada keluli.
  14. Laut Sargasso adalah sebahagian daripada Lautan Atlantik dan mempunyai banyak kawasan ombak yang berpusar. Keluasannya mencecah dua kilometer persegi serta dipenuhi dengan rumpai laut. Keadaannya yang mengerikan itu menyebabkan tiada kapal berani merentasi Laut Sargasso.
  15. Panjang sayap burung Albatross boleh mencapai 3.5 meter, menjadikannya burung yang mempunyai sayap paling panjang di dunia.
  16. Binatang paling berbisa di dunia bukan ular tetapi haiwan amfibia iaitu katak panah beracun. Katak ini kecil saja, berwarna merah berbelang hijau dan hidup di Amerika Selatan. Racun pada kulit katak ini sangat berbisa, cukup untuk membunuh beratus-ratus orang. Ia diberi nama demikian kerana masyarakat peribumi kawasan itu suatu ketika dahulu meletakkan racunnya pada mata anak panah mereka.
  17. Laut paling dalam terletak di Mariana Trench, berdekatan Filipina iaitu 11,033 meter.
  18. Saintis pernah mengkaji usia tahi bintang yang jatuh ke bumi. Mereka terkejut apabila mendapati ada di antaranya berusia 4,600 juta tahun.
  19. Cuba teka, berapakah jumlah spesies burung yang terdapat di seluruh dunia? 1,000? 2,000? 5,000? salah...jawapannya 8,600!
  20. Pada 1,800 sebelum masihi - iaitu 500 tahun selepas bermulanya aktiviti pertanian di Sungai Tigris - dianggarkan cuma ada lapan juta manusia saja di muka bumi ini. Jumlah itu adalah sama dengan jumlah penduduk bandar raya New York sekarang.

Thursday, July 22, 2010

RENUNGKANNN.....

Wednesday, July 21, 2010

Amalan Yang Tidak Diterima Pada Bulan Ramadhan

Amalan Yang Tidak Diterima Pada Bulan Ramadhan

ANEKA PETUA

PETAI UBAT KENCING MANIS

- Ambil beberapa papan petai lalu dipotong kulitnya dan dimasukkan kedalam ketupat. Rebuslah ketupat beisi kulit petai dengan tiga gelas air dan sedikit gula merah. Biarkan air tersebut mendidih sehingga menjadi segelas. Minumlah ramuan ini dua kali sehari secara teratur.




UBI KAYU PENYEMBUH GASTRIK

- Ambil ubi kayu secukupnya lalu dikupas kulitnya dan dicuci bersih. Lalu dimakan secara mentah setiap pagi dan malam sebelum tidur.




MEMBERSIHKAN BARANGAN PLASTIK

- Ambil kapas dan celupkan pada minyak masak secukupnya. Kemudian gosoklah barang plastik dengan kapas tadi dan lakukan secara berulangkali. Kemudian baru dicuci dengan air sabun.







AIR GARAM KEKALKAN WARNA PAKAIAN
- Setelah pakaian dicuci dengan air,cuci pula dengan air garam. Cara ini akan mengekalkan warna


MENGATASI KELEMUMUR
- Campurkan minyak kelapa satu sudu dengan garam dan dipanaskan sehingga panas suam. Lalu disapu pada kulit kepala. Lakukan secara teratur sebelum anda bilas dengan air biasa.

Monday, July 19, 2010

Resepi LaKsa Johor


Bahan-bahannya:-
  1. 1 kg ikan kembung
  2. 1 kg spageti - rebus dan toskan
  3. 1 biji bawang besar
  4. 1 biji timun-dihiris nipis
  5. 30 g taugeh
  6. 6 tangkai kacang panjang
  7. 3 keping lobak asin
  8. 1 ikat daun pudina
  9. 1 biji limau nipis - dibelah empat
  10. 100 g serbuk kari ikan
  11. 15 tangkai cili kering - kisar
  12. 10 biji bawang merah - kisar
  13. 3 batang serai
  14. 3 sm lengkuas - kisar
  15. 3 sm kunyit - kisar
  16. 4 keping asam gelugor
  17. 2 sudu besar kerisik
  18. sambal belacan
  19. 500 ml santan
  20. sedikit serbuk perasa
  21. garam secukupnya

Cara membuatnya:-

  1. Ikan kembung direbus, ambil isinya dan kisar hingga halus dan ketepikan. manakala tulang2 ikan dikisar dan tapis. Ambil stoknya.
  2. Masukkan isi ikan, bahan2 yang dikisar ,kerisik dan asam gelugor ke dalam stok ikan. Masak hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 20 minit di atas api.
  3. Masukkan santan, serbuk perasa dan garam. Setelah mendidih sesuaikan rasa dan boleh diangkat.
  4. Ketika menghidang, masukkan spageti, sayur-sayuran dan sambal belacan ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah laksa.

SELAMAT MENCUBA...PASTI SEDAP..

Wednesday, July 14, 2010

sudirman:warisan

Tuesday, July 13, 2010

Anak Kucing itu COMEL

Aku sememangnya suka kucing. Bagiku kucing adalah sejenis haiwan yang manja dan comel. Pertama kali adik aku membawa balik seekor anak kucing betina dari sekolah, aku memarahinya kerana aku tidak sanggup untuk menjaganya. Namun, aku tiba-tiba dilanda perasaan sedih apabila ia jatuh sakit. Pertama kali aku mencuba merawatnya sendiri lantaran pada ketika itu aku tidak tahu di mana letaknya klinik haiwan. Syukur al-hamdulillah, ia sembuh. Sejak itu, aku turut menjaganya bersama ahli keluarga yang lain. Gelagatnya yang lucu, benar-benar menghilangkan tension. Kucing tersebut di beri nama MIKORO ASHIKO. Adik aku sukakan kartun dari Jepun. So, nama kucing diapdikasi dari watak kartun kesukaannya.

Selang beberapa bulan kemudian, Mikoro melahirkan anak pertama tetapi anaknya mati. Sehinggalah beberapa kelahiran anaknya mati, Mikoro berjaya mendapat empat ekor anak yang gebu dan sihat. Ahhh...memang comel dan aku geram sekali. Setiap hari aku bermain dengan anak Mikoro. Di sini kupelajari betapa indahnya kasih seorang ibu dalam menjaga anaknya dari anasir yang tidak di ingininya. Ibu kucing amat sayang dengan anaknya, apatahlagi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal tentu amat menyayangi anak yang lahir dari rahim sendiri. Tapi seorang anak belum tentu menyayangi ibu sendiri. Bahkan ia lupa suatu hari nanti ia jugak akan bergelar ibu. Apa perasaanya apabila anak yang dikandung tidak menyayangi sepertimana ia tidak menyayangi ibunya dahulu? FIKIRKAN.......SEJENAK.....

Thursday, July 8, 2010

Lawak Santai

Lawak pertama

  • Karim menepuk bahu pemandu teksi,hajat ingin bertanya sesuatu. Tiba-tiba dia menjerit terkejut, lalu hilang kawalan. Hampir dia melanggar belakang sebuah bas berhenti. Suasana senyap tiba-tiba kerana masing-masing tergamam. "Lain kali jangan buat macam tue. Awak menakutkan saya tadi," kata pemandu teksi. "Maaf pak cik, saya tak bermaksud nak menakutkan. Tak sangka tepukan sikit tadi boleh menyebabkan pakcik terkejut," kata Karim. " Tak mengapa, bukan salah awak! Hari ini adalah hari pertama saya pandu teksi selepas 25 tahun bawa van mayat," jelas pemandu teksi.

Lawak kedua

  • Habibah ingin mengabdikan wajahnya dalam sebuah potret. Dia pergi ke galeri, mencari pelukis baik. " Boleh lukis potret saya dengan cincin dan rantai berlian, gelang tangan bertahta batu zamrud, kerongsang delima dan jam tangan Rolex di tangan kiri saya," kata Habibah. "Tapiiii...puan tak pakai pun semua barang tue,"jawap pelukis itu sambil memerhatikan Habibah dari hujung rambut hingga hujung kaki. "Kalau saya mati dulu, suami tentu kahwin lain. Saya nak isteri barunya separuh gila mencari barang kemas yang saya pakai, itu saja,"jawap Habibah.

Lawak ketiga

  • Seorang wanita hamil terboyot-boyot pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak selama tiga bulan. Setelah mendapat gilirannya di kaunter, kerani bertanya tentang sewa yang ingin dijelaskan. " Berapa bulan, puan...?" tanya si kerani. " Dah masuk lapan bulan ni..." jawap wanita tersipu-sipu sambil mengusap-usap perutnya.

Thursday, July 1, 2010

BARANG FREE???

Peristiwa ini terjadi pada suatu hari dimana ada seorang ibu menyuruh anaknya, Abu pergi ke pasar raya untuk membeli barang-barang dapur. Maka pergilah Abu membeli barang yang dipesan. Bila pulang ke rumah, si ibu mengeluarkan barang yang dibeli Abu untuk disimpan. Sedang asyik mengemaskan barang-barang tersebut, si ibu terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin itu tertulis perkataan FREE...Tanpa berlengah, si ibu menanyakan Abu barangan yang FREE itu. Terkejutlah Abu kerana dia terlupa untuk memintanya dari kaunter dan kembali semula kepasar raya tadi untuk menebus semula benda FREE tersebut.
Di pasar raya, Abu bertengkar hebat dengan jurujual. Menurut jurujual, benda FREE itu berada di dalam tin. Abu tidak percaya dan mendesak jurujual untuk memberikan benda FREE tersebut kepadanya. Penyelia yang kebetulan lalu di situ terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh Abu. Bukan setakat dimarahi, Abu turut meminta benda FREE itu dari Penyelia lalu menunjukkan tin marjerin yang dibelinya. Si Penyelia pun membelek kiri, membelek kanan bahagian tin tersebut. Matanya terbelalak seketika dan membaca tulisan berbahasa Inggeris di tin tersebut,....CHOLESTEROL FREE...!!!!