BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 3, 2010

NaGa Penjaga GuNung Bergerak KeTika TiDuRRR..

Gunung Merapi dijaga 'Baruklinting' iaitu seekor naga besar. Itu kepercayaan penduduk setempat yang mengatakan gunung berapi paling aktif di dunia itu dilingkari naga terbabit yang sedang tidur. Bagi penduduk setempat, naga itu melingkari gunung berapi itu. Biarpun ianya hanya satu mitos tetapi mereka percaya gegaran yang berlaku disebabkan naga berkenaan bergerak ketika tidur. Bagi mereka, jika tidak mahu ditimpa musibah, pengunjung Gunung Merapi tidak boleh bermulut celupar dan menjaga adat kesopanan ketika berada di sekitar gunung itu.
Menurut mereka, pelbagai kejadian pelik yang berlaku ketika pelancong memanjat Gunung Merapi berkenaan dan setakat ini ada yang pernah dilaporkan ghaib tanpa sebarang kesan. Kebanyakkan pelancong yang hilang itu adalah dari Russia dan ada antara mereka yang dijumpai semula dalam keadaan kebingungan kerana mendakwa masuk ke alam ghaib. Antara yang diceritakan itu adalah ketika tersesat pelancong terbabit yang memanjat bersama rakan secara tiba-tiba terjumpa 'bubrah' (pasar) di atas gunung itu. Dia kemudian terpisah daripada rakan-rakan lain sebaik masuk ke kawasan pasar sebelum terus ghaib daripada pandangan. Bagaimanapun, pelancong terbabit kemudian ditemui semula dalam keadaan lemah tidak jauh dari kawasan dia dilaporkan hilang.
Itu antara kisah yang diceritakan dari mulut ke mulut oleh penduduk kampung. Malah sejak berzaman, pada setiap 1 Muharam, penduduk akan mengadakan upacara khas dengan mempersembahkan hidangan jamuan untuk naga itu. Entah benar atau tidak, namun itulah kepercayaan mereka yang sehingga kini masih lagi percaya Baruklinting sedang tidur dan melingkari Gunung Merapi.
Apapun, setiap orang, setiap negara dan juga masyarakatnya mempunyai kepercayaan, budaya dan adat mereka sendiri dan kita sebagai orang luar mesti menghormatinya.

0 comments: