THE GATEWAY ARCH ( MISSOURI)
Salah satu tempat yang mesti dikunjungi di Missouri ialah Gerbang Gateway ini. Untuk naik ke puncak gerbang ini, para penumpang dalam bentuk kumpulan-kumpulan seramai lima orang perlu memasuki ke dalam sebuah bekas berbentuk telur yang mengandungi lima tempat duduk dan sebuah lantai yang rata. Sebanyak lapan buah bekas yang sama akan disambung untuk membentuk keretapi. Setiap satu bekas ini akan mengekalkan tingkat masing-masing dengan berputar pada setiap lima darjah yang membolehkan orientasinnya yang betul semasa keseluruhan keretapi ini mendaki naik salah satu kaki gerbang tersebut. Setiap satu perjalanan ke atas gerbang itu akan mengambil masa empat minit manakala perjalanan turun pula mengambil masa selama tiga minit. Oleh kerana pintunya adalah dari kaca, maka para penumpang dapat melihat bahagian dalam dan stuktur gerbang ini semasa pendakian kemuncaknya.
SANTA JUSTA ( PORTUGAL )Lif Santa Justa ataupun juga dikenali sebagai Elevador de Santa Justa or do Carmo ialah sebuah lif di bandar Lisbon di Jalan Santa Justa di negara Portugal. Ia menghubungkan jalan di hujung bandar dengan kawasan di bahagian utara iaitu di Carmo Square. Lif ini telah direkabentuk oleh Raul Mesneir de Ponsard. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada tahun 1900 dan ia berjaya disiapkan pada tahun 1902. Pada asalnya ia dikuatkuasakan oleh kuasa stim namun kemudiannya ditukar menggunakan kuasa elektrik pada tahun 1907. Lif besi ini adalah setinggi 45 meter dan dihiasi dengan gaya neogotik dengan setiap satu tingkat mempunyai corak yang berbeza. Bagaimanapun tingkat teratas hanya boleh dicecah dengan menggunakan tangga 'helicoidal' dan mempunyai sebuah teres yang memaparkan pandangan ke arah Istana Lisbon, Rossio Square dan kawasan kejiranan Baixa. Terdapat dua buah lif di situ dan setiap satunya boleh menempatkan sehingga 24 orang penumpang. Lif ini juga adalah satu tarikan utama pelancong ke Lisbon.
LIF LACERDA ( BRAZIL )Lif ini menghubungkan bahagian yang lama dengan yang baru di Salvador dan dalam tempoh sehari seramai 30,000 penumpang dapat menaikinya dengan bayaran kira-kira USD0.05 bagi setiap saat perjalanan yang berlalu. Lif ini akan mencapai kemuncaknya pada ketinggian 72 meter. Lif ini juga dapat memberikan pemandangan yang indah kepada para penumpang yang dalam perjalanan mereka dalam lif tersebut.
MENARA EIFFEL ( PERANCIS )Oleh kerana keadaan kaki Menara Eiffel yang melengkung, maka penambahan lif untuk Menara Eiffel pada mulanya dianggap satu kerja yang terlalu sukar untuk para jurutera yang mengendalikan projek tersebut. Malahan tidak pernah ada lif yang perlu dipasang ke kawasan yang melengkung seperti itu sebelum ini di mana-mana. Namun ternyata dengan kemahuan, sedikit penyelidikan maka tiada yang mustahil dan hasilnya, pada hari ini terdapat dua buah lif yang beroperasi bagi setiap 'kaki' Menara Eiffel ini iaitu satu untuk proses menaik dan satu lagi untuk penghantaran penumpang turun ke bawah. Dan yang lebih menarik lagi ialah salah satu daripada lif tersebut digunakan khas untuk mengangkut penumpang yang akan menikmati hidangan di restoran yang berada di tingkat teratas bagi menara tersebut.
LIF BAILONG ( CHINA )
Lif Bailong yang berada di negara China ini ialah sebuah projek kontroversi. Lif setinggi 326 meter tinggi ini akan membawa para penumpangnya ke salah satu bahagian dari banyak bahagian yang terdapat di curam yang sangat tinggi di Zhangjiajie, China. Ia mendakwa adalah lif bahagian luar yang paling tingggi dan paling berat di dunia. Malahan lif ini telah mendapat tiga pengiktirafan rekod Guinness iaitu lif bahagian luar tekanan penuh paling tinggi di dunia, lif dengan dek berkembar untuk pemandangan paling tinggi di dunia dan lif trafik penumpang paling laju dengan muatan yang paling besar. Namun masa depan lif ini masih menjadi tanda tanya kepada semua orang kerana ada pihak rasmi yang mendakwa kononya lif ini telah menimbulkan isu-isu yang ada kena mengena dengan alam semulajadi.
0 comments:
Post a Comment