Penduduk dunia berpeluang menyaksikan Musytari dengan mata kasar lewat malam isnin ini, apabila planet itu akan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi dalam tempoh 50 tahun. Musytari dilapor akan berada kira-kira 592 kilometer dari bumi lewat malam isnin, jarak terdekat dengan bumi sejak tahun 1963. Planet terbesar dalam sistem solar tersebut mengeluarkan cahaya 3 kali lebih terang berbanding bintang paling berkilau di langit iaitu sirius, dan ia hanya boleh dilihat sekali lagi pada tahun 2022. "Musytari sangat terang sekarang sehingga anda tidak memerlukan peta langit untuk melihatnya. Anda hanya perlu berjalan di luar dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi pemerhati berpengalaman, perbezaan melihat Musytari kali ini sangat penting". kata Tony Philips seorang pakar astronomi California yang berkhidmat dengan Pentadbiran Aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA). Bukan sahaja Musytari, planet Uranus juga dilapor bakal berada hampir dengan bumi pada malam yang sama. Ia akan berada dekat dengan Musytari tetapi agak sukar untuk melihat dengan mata kasar. Melalui teleskop, Uranus akan bersinar seperti cakera bewarna hijau zamrud, kurang satu darjah berbanding Musytari. Musytari berada dekat dengan bumi dalam tempoh setiap 12 tahun. Pada 1999, ia melalui bumi pada jarak yang jauh. Philips berkata fenomena yang disifatkan 'sekali seumur hidup itu' agak luar biasa kali ini kerana Uranus akan turut berada dekat dengan bumi pada masa yang sama. Walaupun boleh dilihat berhampiran dengan Musytari menerusi teleskop, Uranus sebenarnya berada pada jarak 2.7 bilion kilometer dari bumi pada malam isnin ini.
How to Stop Hackers
13 years ago
0 comments:
Post a Comment