BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 12, 2011

Pizza yang enak..Jom cuba yang ini...

Oh the smell of these #ComidaPizzas . Love the crust, the topping! Check #MilkADeal for the promo!

Tuesday, May 10, 2011

Biskut yang enak..

Macarons craze~ Cupcakes craze~ Pretty pastel & delicious at #MyDomesticBliss for RM16. #MilkADeal

Friday, May 6, 2011

Just one touch, I swear! Win Samsung Galaxy Tabs with #TupperwareOneTouch today. Click for more info.

Just one touch, I swear! Win Samsung Galaxy Tabs with #TupperwareOneTouch today. Click for more info.

Monday, April 25, 2011

Lihatlah kehebatan proton!

Want a free car briefing session? Or maybe, a spa session? What about a free test drive session? Yes! #allaboutexora is here to provide you space & comfort!

Wednesday, April 13, 2011

IkAn TerBeSar mungkin AdaLah LebiH BeSaR..


Mengikut satu kajian terbaru yang telah dijalankan, ukuran sebenar bagi ikan yang paling besar di dunia iaitu ikan paus jerung berkemungkinan adalah lebih besar daripada apa yang pernah direkodkan sebelum ini. Para saintis yang bekerja di Mozambique telah mendapat cara untuk mengukur menggunakan kamera yang diletakkan laser. Walaupun sebelum ini ikan terbesar ini diukur dengan 20 meter panjang namun perincian sebenar ukurannya sangat sukar diperolehi sebelum ini. Dengan kerjasama dengan University of Queensland, pihak Marine Megafauna Foundation and CSIRO Marine and Atmospheric Research, para pengkaji dan saintis ini telah melaporkan penemuan mereka itu dalam Journal of Fish Biology. Menurut seorang calon PhD iaitu Christoph Rohner, kajian yang dijalankan oleh mereka itu ialah kajian pertama yang menunjukkan ukuran yang tepat untuk ikan paus jerung berbanding mana-mana kajian sebelum ini yang hanya menggunakan tali pita untuk mengukur ataupun hanya membuat andaian tentang ukurannya yang mana sebelum ini kebanyakkan saiz-saiz ikan ini diukur menggunakan kaedah 'photogrammetery' iaitu satu kaedah yang mengukur melalui foto-foto yang diambil.
Oleh kerana ikan-ikan paus jerung adalah spesies yang terancam di serata dunia, jadi hasil kajian seperti ini adalah sangat penting untuk memastikan kelangsungan hidup spesies ini di mukabumi kita. Para pengkaji telah mendapati hampir 19% daripada spesies ini berada di luar pantai Mozambique. Manakala dalam satu tinjaun satelit baru-baru ini pula menunjukkan yang ikan-ikan ini bermigrasi sehingga 13,000 kilometer jauhnya. Satu fakta penting yang perlu kita ketahui di sini ialah ikan-ikan jerung ini sebenarnya dikategorikan dalam spesies 'ikan' dan bukannya ' mamalia'.

Detoks dengan jus peria

Warnanya hijau, ada yang kecil dan ada yang besar. Rasanya pahit, membuatkan ramai yang kurang menggemarinya. Tetapi, masih terdapat sesetengah orang yang menghargai khasiat buah ini dengan mengamalkan sebagai ulam atau digoreng. Meski rasanya pahit, sayur ini sebenarnya baik untuk kesihatan. Antaranya:-


  • Sebatian insulin iaitu hipoglikemik di dalam pahit peria ini sangat efektif untuk mengawal kadar gula darah. Sebatian ini juga dikenal pasti mampu meningkatkan intoleransi glukosa pada penghidap diabetes mellitus.

  • Dua sudu makan jus peria dicampurkan dengan sedikit bawang dan jus limau npis memberi manfaat untuk mengubati penyakit kolera.

  • Peria mengandungi beta karoteno yang banyak sehingga ia boleh menjaga dan meningkatkan kemampuan penglihatan seseorang.

  • Zat peria juga boleh meningkatkan sistem imunisasi.

  • Selain itu, makan peria secara rutin boleh membantu mencegah penyakit kulit seperti psoriasis dan jangkitan penyakit seperti kurap.

  • Kebaikan lainnya adalah jus peria ini amat baik untuk proses detoksifikasi secara aman semula jadi.

Thursday, March 3, 2011

LESSER FLAMENGO

Tahukah anda bahawa warna merah jambu burung flamingo yang cantik dan terkenal itu berasal dari pigmen di dalam alga yang dimakannya? Burung tropika ini adalah yang terkecil dan paling produktif dari keluarga flamingo yang ditemui di Afrika dan beberapa kawasan di Asia. Burung-burung yang cantik ini diburu dan dimakan oleh babun, kucing liar dan helang.

BIRD OF PARADISE
Burung yang jantan memiliki bulu warna-warni yang fantastik, ia menari, berlagak dan sebenarnya bertukar bentuk untuk mengoda burung betina yang tampak kurang eksotik. Kewujudan bird of paradise kurang beruntung kerana memiliki nilai besar kepada penduduk asli dari New Guinea, di mana bulu dan kulit mereka diperdagangkan, bahkan beberapa spesies terancam pupus.

MONARCH BUTTERFLY

Semua orang menyukai rama-rama terutama yang cantik, tetapi warnanya yang benar-benar cantik itu menjadi peringatan bagi pemangsa supaya tidak memangsanya kerana ia beracun. Rama-rama Monarch mungkin paling dikenali ketika migrasi ke selatan di Amareka Utara, ketika salji musim dingin tiba. Rama-rama ini hanya bermigrasi ke utara dan selatan seperti yang biasa burung lakukan.

SAILFISH

Ikan sailfish yang bercorak biru pasti memerlukan penjelasan, tetapi tiada apa yang boleh dilakukan dengan fesyen. Mereka menerangi ketika berburu, mengelirukan mangsanya dan membiarkan rakan pemburu mengetahui apa yang mereka lakukan. Sailfish biasanya menyimpan senjata di bawahnya dan memunculkan ketika ia terancam untuk menimbulkan ilusi yang lebih besar.

WEEDY SEA DRAGON

Weedy sea dragon adalah makhluk dasar laut ganjil tetapi cantik dan berwarna-warni. Yang betina boleh menghasilkan 250 telur sekaligus, dan yang jantan mengawalnya setelah ia bertelur dan tidak boleh kehilangannya. Weedy sea dragon ditemui jauh dari kawasan pantai Australia, di mana badannya memungkinkan ia untuk bersembunyi di antara rumpai laut ketika binatang pemangsa datang.

HaiWan dengan waRNa menakJubKaN

TEMMINCK'S TRAGOPAN
Dengan jambul oren dan coklat, dada yang kelihatan seperti yu paus berbaring di atas hati, temminck's tragopan sangatlah menarik perhatian. Tidah menghairankan jika ia dianggap burung yang paling cantik di dunia. Burung yang memegunkan ini ditemui di dalam hutan Asia Selatan. Warna biru itu sebenarnya adalah kulit mukanya, bukan bulunya.
PANTHER CHAMELEON
Sesumpah ini memiliki kemampuan istimewa untuk mengubah warna dan menyembunyikan dirinya sendiri, namun ia tidak boleh memilih warna apa yang diinginkan kerana ia dipengaruhi oleh suhu, cahaya, bahkan oleh moodnya.

CLOWNFISH
Clownfish kelihatan cantik dengan warna oren terang dan jalur-jalur putih, tetapi ia terlindung oleh lumpur. Ia penting bagi ikan ini membentuk satu pasukan besar dengan anemone ( sejenis tumbuhan liar ) laut di alam meskipun mereka bergantung kepada satu sama lain untuk terus hidup, dan lendir dari sengat clownfish beranemone melindunginya.
BLUE-FOOTED BOODY
Burung Blue-footed boody betina tertarik pada sang jantan yang lebih bercahaya warna kakinya, jadi sangat beruntung bagi burung yang memiliki warna kaki yang lebih cerah pada musim berpasangan. Burung ini biasa ditemui di Kepulauan Galapagos di Pasifik, tetapi boleh juga ditemui di pelbagai subtropika dan kepulauan tropika yang lain.

SOCKEYE SALMON
Kulit manusia pasti menjadi seperti coklat panas, atau merah jika kita malu, tetapi bayangkan jika warna kulit anda benar-benar berubah mengikut persekitaran anda? Itulah apa yang ikan ini biasa lakukan, yang normal berwarna biru dan perak, ia akan berubah merah atau hijau sebelum bertelur.




Friday, February 25, 2011

Mitos - GriFFin

Makhluk lagenda Greek ini digambarkan dengan kekuatan luar biasa,bijak dan misteri. Membina sarang di sekitar harta karun atau emas dan secara tak langsung menjadi penunggu harta tersebut. Griffin juga dikenali sebagai Griffon atau Gryhon adalah makhluk mistik yang berbadan singa, bersayap dan berkepala helang. Kadangkala digambarkan berekor ular. Sesetengah mitos menyatakan hanya griffin betina mempunyai sayap. Manakala griffin jantan pula berduri di belakangnya. Griffin dikatakan berasal dari cerita mitos India, namun ceritanya lebih popular di Greek. Makhluk bersayap ini akan mencari bukit dan gunung yang mempunyai emas dan akan bersarang di situ. Malah dipercayai juga bahawa griffin membina sarangnya dari emas. Karekteristik griffin agak perapi. Sarangnya sentiasa terjaga dan dikawal dari setiap sudut.
Griffin amat tidk menyukai kuda. Griffin akan membaham mana-mana kuda yang terserempak dengannya. Jika kuda itu berpenunggang, mereka juga senasib dengan kudanya. Namun dalam kebanyakkan mitos Greek, Griffin digambarkan bijak berbicara. Serupa Sphinx. Makhluk ini akan mencabar dahulu manusia yang terserempak dengannya dengan teka-teki dan jenaka pintar. Mana-mana manusia yang berjaya menjawap soalannya akan diberi ganjaran emas dan nyawa terselamat, jika tidak menjadi santapannya. Satu lagi mitos menceritakan bahawa makhluk lagenda Hippogriff (BuckBeak-Harry Potter) adalah hasil dari hubungan Griffin dengan kuda betina(?). Dalam mitos Greek, griffin amat memusuhi kaum manusia bermata satu yang dikenali dengan nama Arimaspians. Kaum ini dibenci Griffin kerana sering mencuri emas miliknya. Griffin seringkali menyerang kaum ini sebagai pembalasan. Menurut Adrienne Mayor, pakar sejarah dan cerita dongeng klasik, griffin mungkin sebenarnya adalah spesies dinosour. Bentuk fizikal spesies Protoceratops yang juga berparuh dan berkaki empat mungkin disalah-visualkan sebagai griffin. Kenyataannya merujuk kepada penemuan rangka Protoceratops di lombong emas di pergunungan Altai, Wilayah Scythia, Kazakhstan. Sesiapa pun pencari emas yang terjumpa rangka ini akan menyangka ia milik griffin. Ada juga yang mempercayai griffin berasal dari keturunan Cherub-malaikat dalam kepercayaan barat. Dalam klasik, griffin adalah simbol kekuasaan dan keadilan tuhan. Griffin juga amat setia kepada pasanganny. Jika pasangannya mati, ia akan meneruskan hidup tanpa mencari pasangan baru. Kaki griffin dikatakan bermanfaat dalam bidang perubatan dan sehelai bulunya sahaja mampu mengembalikan penglihatan orang buta.

Thursday, February 24, 2011

Kenali Sejarah Melaka

MELAKA amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari pelindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, baginda dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya di tendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.

Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut. Pilihan Parameswara begitu tepat kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah2 tebing selat Melaka yang menghubungkan Negara China ke India dan timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Parameswara telah memeluk agama islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 dan telah memakai gelaran Sultan Iskandar Syah (1414-1424) telah meletakkan asas kemajuan Negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama islam yang terulung di rantau ini.

PerCuTian Yang Pelik

PERCUTIAN USD 1 JUTA
Satu saiangan seolah-olah berlaku untuk menentukan siapakah yang membuat percutian yang paling mahal sekali. Resort The Emirates Palace di Abu Dhabi telah mengumumkan pakej Million Dollar Travel yang akan menawarkan 'kepuasan tidak terhingga'. Bersama-sama dengan perkhidmatan kelas pertama untuk penerbangannya, turut dimasukkan dalam percutian itu ialah penginapan selama 7 malam di sebuah suite gergasi di resort tersebut dan antara ciri-ciri lain percutian yang sangat mahal ini ialah seperti perkhidmatan chauffeur menggunakan kereta Maybach pada bila-bila masa, perkhidmatan rawatan spa setiap hari, perjalanan menaiki jet ke Iran yang mana di sana para pelawat dibenarkan membuat karpet parsi mereka sendiri bersama-sama pembuat karpet paling dikenali dan terbaik di sana selain percutian sehari ke Bahrain menggunakan jet peribadi. Malahan pihak resort tersebut berharap yang percutian itu akan dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records.
PERCUTIAN KE BULAN
SPACE ADVENTURES akan meyediakan peluang kepada manusia yang bertuah dan berkemampuan untuk berada dalam kapal angkasa Soyuz dalam satu misi yang agak pelik iaitu percutian ke bulan. Selama tempoh 7 hari penerbangan angkasa itu berlangsung yang mana kelajuan maksimumnya mencapai 17,000 batu sejam dan orang-orang yang berpeluang meyertainya akan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri bintang-bintang, sebahagian besar permukaaan bulan dan juga bumi dari kejauhan 250,000 batu jauhnya dari bumi sendiri. Para calon sebelum itu diperlukan untuk menjalani satu latihan selama 4 bulan bersama-sama dengan kosmonot dari Rusia di Pusat Latihan kosmonot Yuri Gagarin yang terletak di Star City, Rusia. Dua tempat disediakan untuk tujuan tersebut dengan harga USD 100 juta setiap satunya.

PERCUTIAN DI TAMAN TEMA UNTUK ORANG-ORANG KERDIL
Jika orang-orang yang ingin bercuti sudah kehabisan idea untuk meraikan percutian mereka di taman-taman tema yang biasa maka mereka bolehlah memilih sebuah taman tema yang lebih berbeza daripada biasa iaitu sebuah taman tema orang-orang kerdil. Mengikut TEA, benua Asia mempunyai pasaran taman tema yang paling besar dan berkembang di dunia dengan lebih 77.6 pengunjung untuk Asia di 15 buah taman tema kesemuanya. Salah satu daripada taman tema terbesar di benua ini ialah yang telah dilancarkan pada tahun 2009 iaitu Dwarf Empire, iaitu sebuah taman tema di bahagian selatan China yang terletak di atas sebuah bukit yang didekasikan dan kebanyakkannya mempunyai pekerja daripada orang-orang kerdil yang mempunyai ketinggian di bawah 4 kaki. Malahan taman tema ini juga mendapat pendedahan media dunia yang luas kerana kemampuannya untuk mengambil begitu ramai orang-orang kerdil sebagai pekerja yang mana sebelum ini, golongan ini antara mereka yang sukar mendapat pekerjaan. Jadi kerana taman tema itu, kebanyakkan orang-orang kerdil di China kini telah mempunyai pekerjaan di situ.

Wednesday, January 26, 2011

KaTa-KaTa HikMaH....

Berikut adalah beberapa kata-kata hikmah:-

Daripada Sayidina Ali Abi Talib

  • Dada orang berakal itu ialah peti suaranya.
  • Apabila sempurna akal, kurang perkataan.
  • Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir (pemandu) untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.

Pepatah China

  • Benar jadi berani.

Pepatah Arab

  • Kalau bekerja dianggap menyusahkan, menganggur merosakkan.

Hamka

  • Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu dan enggan mendekati suatu yang tercela. Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur.

Ulama

  • Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak megerjakan amal soleh.

Hairan Dengan Manusia.......

Petikan ayat-ayat di bawah ini, saya ambil dari Majalah Mastika yang ditulis dalam bahasa jawi dan saya terjemahkan ke dalam bahasa melayu. Petikan ini daripada buku fadilat zikir karya Maulana Muhammad Zakaria :-

  • Aku hairan sikap orang mengetahui adanya maut tapi masih ketawa.
  • Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tapi masih mencintainya.
  • Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.
  • Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya timbangan amal terhadap dirinya tapi masih menimbunkan harta kekayaan.
  • Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya neraka jahanam tapi masih berani melakukan maksiat.
  • Aku hairan sikap orang yang mengenal zat ALLAH tapi masih mengingati sesuatu selain dariNYA.
  • Aku hairan terhadap sikap orang yang tahu adanya syurga tapi masih mencari kemewahan hidup di dunia.
  • Aku hairan sikap orang yang menganggap syaitan itu sebagai musuh tapi masih mentaatinya.

HaiWan TerPIntaR?

MONYET RHESUS
Terkadang kita menganggap semua jenis monyet itu sama-sama pintar, perkara itu disebabkan kerana mereka mudah untuk dilatih. Tetapi para ilmuwan brpendapat lain. Monyet Rhesus adalah monyet yang dianggap paling cerdasdi dunia. Habitat monyet ini banyak terdapat di dataran Asia terutama di Afghanistan, China dan India. Monyet Rhesus banyak digunakan oleh para ilmuwan untuk membantu berbagai kajan. Di antaranya adalah misi pengiriman monyet
ke luar angkasa. Monyet dan primata lainnya harus dibezakan kerana mereka semua berbeza. Selain memiliki tingkat kecerdasan yang tinggi, monyet Rhesus ini juga memiliki kecenderungan psikologi yang mirip dengan manusia bahkan mereka boleh membunuh diri jika putus asa.

PORTIA LABIATA (LABAH-LABAH PELOMBAT)
Labah-labah ini banyak mendiami daerah kritis di dataran Afrika, Asia dan Australia. Ia telah mendapatkan predikat dari para ilmuwan sebaai serangga paling cerdas di dunia. Dari berbagai macam kajian di makmal dan pengamatan secara langsung di habitatnya, labah-labah ini menunjukkan perkarayang sangat mengagumkan.Para ilmuwan telah mencuba bermacam-macam kes sederhana kepada labah-labah ini untuk mengetahui sehingga sejauh mana ia dapat memecahkan masalahnya. Terbukti labah-labah ini dapat menghafal ritme yang diberikan para ilmuwan, bahkan ia dapat mengingati secara sejektif sasaran apapun yang diberikan.

GURITA
Semua jenis cumi atau makhluk bertentakel diketahui memiliki kemampuan dalam memecahkan masalah tetapi untuk gurita adalah luar biasa. Makhluk kedalaman laut ini memiliki otak yang cukup besar dengan sensor saraf yang memungkinkan bagi mereka untuk berfikir secara cepat. Dari berbagai percubaan yang diberikan ilmuwan, misalnya menaruh kepiting di dalam toples, gurita dapat membuka dan menangkapnya. Terkadang bahkan mereka dapat ditemui di dalam lambung kapal sedang menangkap kepiting. Gurita terbesar yang pernah ditemui adalah seberat 273 kilogram dan dengan rentang tubuh mencapai 30 meter.

BURUNG GAGAK
Jika tikus banyak digambarkan sebagai makhluk yang pintar di filem, sebaliknya bagi gagak. Hollywood sering menggambarkan gagak sebagai makhluk bodoh yang bahkan tidak mengetahui bahawa orang-orangan sawah hanyalah boneka. Tapi Hollywood salah sepenuhnya. Justeru gagak adalah salah satu unggas paling cerdas yang pernah diciptakan. Gagak hidup berkelompok dan bersifat sangat sosial terhadap sesamanya. Mereka bahkan menunjukkan perkara-perkara yang luar biasa pada aktiviti mereka sehari-hari. Dari pengamatan langsung di habitat gagak di daerah Palestin menunjukkan bahawa gagak mengaplikasikan berbagai alat buatan mereka sendiri sebagai alat bantu kehidupan mereka. Mereka membuat pisau dari rerumput keras untuk memetik buah, menggunakan remah-remah roti untuk memancing ikan keluar atau menunggu kereta-kereta yang melintasi untuk kemudiannya mencuri makanan yang diletakkan di atapnya. Dalam kisah Habil dan Qabil (anak-anak Nabi Adam), ALLAH memerintahkan Qabil untuk memakamkan saudaranya seperti gagak memakamkan sesamanya.

LUMBA-LUMBA HIDUNG BOTOL
Keluarga mamalia laut memang terkenal memiliki kecerdasan yang luar biasa. Mereka mudah dijinakkan dan dilatih oleh manusia. Di antara banyak mamalia laut yang cergas tersebut, lumba-lumba hidung botol adalah yang paling cergas. Otak lumba-lumba jenis ini lebih besar daripada otak lumba-lumba lainnya. Selain itu, mereka memiliki koteks serebral 40% lebih besar daripada manusia. Korteks serebral adalah wilayah otak yang berfungsi untuk komunikasi sosial, informasi pengolahan abstrak, pemecahan masalah dan kecerdasan dalam menerima perkara-perkara yang baru. Lumba-lumba menggunakan sonar bunyi yang digelar echolocation untuk mengesan mangsa. Peringatan bahaya serta mencari koloninya. Kemampuan inilah yang digunakan oleh Angkatan Laut Amerika (US NAVY) dalam berbagai misi kajian mahupun pembersihan ranjau laut.

Monday, January 24, 2011

Rumah Pasang Siap

Di luar negara terdapat pelbagai kaedah rekabentuk rumah pasang siap. Adakah anda juga teringin untuk memiliki rumah seperti ini? Tepuk dada tanyalah selera...

RUMAH KUBAH
Rumah ini digelar 'habitat untuk kurun ke-21', rumah kubah telah dibuat oleh Japan Dome House Co. yang direkabentuknya menyerupai rumah iglu. Bahan-bahan untuk membina rumah ini ialah fom polisterin yang telah dikembangkan ataupun 'styrofoam'. Sebenarnya mereka membina rumah ini dalam banyak konfigurasi dan saiz yang pelbagai untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan. Malahan apa yang lebih menarik lagi tentang rumah ini ialah ia diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak akan reput dan tidak akan menarik serangga-serangga mendekatinya.
MAISON EVOLUTIV
Rumah seluas 70 meter persegi yang digelar Maison Evolutiv ini dibina menggunakan dua modul yang telah di prarekacipta dan diletakkan di atas satu sama lain. Pihak pembinanya telah meletakkan bahagian atas rumah sebagai paksi untuk mencipta pelbagai ruang luaran dengan kawasan dalaman. Rumah ini juga adalah sebuah rumah yang mesra alam yang hanya menggunakan tenaga sebnyak 48kwh bagi setiap meter persegi dalam tempoh setahun. Sistem solar di bahagian bumbung rumah membekalkan kemudahan air panas manakala simpanan air hujan pula akan digunakan untuk kemudahan tandas dan juga hiasan landskap.
RUMAH HOMESTEAD
Rumah Homestead ini dibina sebagai rumah pasang siap di luar grid yang dicipta daripada besi kitar semula dan direkabentuk oleh perekabentuk Michael Jantzen. Rumah ini menggunakan bahan-bahan besi yang sangat kormesial, rendah dalam kos dan senang didapati. Jadi bahan-bahan ini semua dapat menjadikan rumah-rumah ini lebih mudah dibuat dan juga adalah sangat kukuh. Malahan rumah ini juga adalah sepenuhnya boleh dikitar semula kerana ia mudah dibuka semula dan dipasang di mana-mana sahaja.

RUMAH MESRA ALAM ADEX
Rumah istimewa ini dicipta oleh Alberto Lara dan Paula Noguron dan diperbuat daripada bahan-bahan yang dikitar semula dan sangat mesra alam. Adex sangat mudah dipasang di mana-mana sahaja serta mempunyai keupayaan untuk meyesuaikan dirinya dengan mana-mana tapak yang berlainan serta boleh diubahsuai untuk disesuaikan dengan keperluan sekitarnya. Malahan pecahan-pecahan berbentuk segitiga ini juga sangat mudah untuk dibuka jika pemiliknya berhasrat untuk berpindah ke tempat lain.

Wednesday, January 12, 2011

WaniTa BerPENGARUh....

Ini dia di antara wanita-wanita yang berpengaruh........

MAHARANI WU ZETIAN
Dikatakan seorang maharani yang sangat tegas dan beliaulah orang yang bertanggungjawap membuat segala keputusan dan tindakan semasa suaminya sedang berada di ambang maut. Dia kemudiannya menjadi Maharaja China setelah kematian suaminya dan dengan pemerintahannya itu maka tamatlah riwayat Dinasti Tang manakala bermulanya pula dinasti baru di negara China iaitu Dinasti Zhou. Walaupun agak kejam dalam banyak hal dan kepentingan, namun kerana ketegasannya itulah dia berjaya mengembangkan Buddhism sebagai sebuah agama di negara tersebut.
ELEANOR OF AQUITAINE
Eleanor ialah sebahagian daripada keluarga yang kaya di Eropah beribu-ribu tahun dahulu. Dia mewarisi harta keluarga yang sangat banyak dan turut diberikan gelaran apabila ayahnya meninggal dunia. Dan pada saat itulah dia menjadi seorang pemerintah autonomus. Dia memainkan peranan penting dalam pembangunan di Aquitaine dan telah menukarkan Aquitaine menjadi sebuah pusat budaya yang besar. Kemudiannya Eleanor ditabal menjadi Permaisuri pada tahun 1137 Masehi.
HATSHEPSUT
Selama sejarah negara Mesir terus dikenang, maka nama wanita yang bernama Hatshepsut ini akan terus dikenang sebagai salah seorang wanita yang paling berpengaruh di bumi Mesir tersebut. Mengikut rekod-rekod yang dicatatkan, dia ialah wanita yang paling disayangi. Selain sangat bertolenrasi pada masa dia memerintah negara tersebut secara bersendirian sehinggalah ke saat kematiannya.
MAHARANI THEODORA
Sebelum dilantik menjadi Maharani Theodora ialah seorang aktres sebelum dia berkahwin dengan Maharaja Justinian 1 dan melayakkannya memegang gelaran Maharani Theodora. Dia bersama-sama Maharaja sentiasa mengambil berat tentang fungsi-fungsi sebuah empayar jajahan mereka tetapi kebanyakkan keputusan dalam kerajaan tersebut akan dilakukan dengan mendapatkan persetujuan MAharani terlebih dahulu. Malahan Maharani juga sentiasa menyokong dan membantu negara mereka untuk memenangi banyak pertarungan di medan peperangan. Bukan itu sahaja pemgaruh Theodora, Beliau juga dikatakan telah banyak membangkitkan isu-isu kesedaran tentang kepentingan dan hak-hak seorang wanita.

Wednesday, January 5, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA.............

HAPPY NEW YEAR 2011 FOR U ALL...........


Permulaan tahun yang menarik..Selama ini kita hanya kenal beberapa warna sahaja tidak termasuk warna asas. Kebanyakkan kita tak tahu nama warna yang ada. Berikut adalah beberapa warna ganjil yang kita tak pernah dengar :-


WARNA UNITED NATIONS BLUE

Awalnya bernama United Nations. Warna ini sangat mirip dengan biru Dodger tetapi lebih kelihatan pastel dan gelap. Anda boleh menemui warna biru ini pada bendera PBB dan juga sebagai lambang, bahkan seragam penjaga keamanan PBB.

WARNA MALACHITE

Hijau cerah ini berasal dari karbon mineral dikenali sebagai malachite atau karbonat tembaga. Warna malachite adalah salah satu yang terlihat berleluasa dalam sejarah. Sebagai contoh, ada bilik Malachite di Hermitage dan ada juga mengatakan bahawa takhta atau singgahsana Demeter itu juga diperbuat dari warna ini.

WARNA GAMBOGE

Warna ini dinamakan sempena pohon gamboge yang dikenal dengan resin (damar) kuning. Warna ini berasal dari Cambodia (Kemboja), di mana pada abad ke-12 pelukis akan menggunakan warna ini sebagai cat air. Selain digunakan sebagai cat warna air, warna ini juga telah digunakan sebagai varnis kayu. Warna gamboge mula tersebar dan pada abad ke -17 menjalar ke Eropah di mana ia pertama kali digunakan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1634.

WARNA FALU RED

Warna ini adalah warna merah tua menonjol sering yang digunakan di bangsal dan kolej. Tujuan warna merah tua tersebut adalah untuk meniru warna batu bata. Warna awalnya berasal dari lombong tembaga di Falun yang terletak di Dalama, Sweden. Tidak seperti kebanyakkan warna, warna yang satu ini telah sedia ada untuk sekian lama sejak abad ke-16 secara tepatnya.

WARNA MORTUUM

Dalam bahasa latin, perkataan ini diterjemahkan menjadi 'tetap tidak berguna' atau 'kepala mati'. Nama warna ini berasal dari berbagai warna ungu dan coklat yang dibuat ketika besi dioksida atau karat teroksida. Dikatakan bahawa warna ini digunakan secara meluas ketika pelukis ingin melukis figura pelanggan seperti tokoh keagamaan. Ia warna yang sangat popular digunakan di atas kertas canvas sama seperti cat minyak.