BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

Kenali Sejarah Melaka

MELAKA amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari pelindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, baginda dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya di tendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.

Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut. Pilihan Parameswara begitu tepat kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah2 tebing selat Melaka yang menghubungkan Negara China ke India dan timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Parameswara telah memeluk agama islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 dan telah memakai gelaran Sultan Iskandar Syah (1414-1424) telah meletakkan asas kemajuan Negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama islam yang terulung di rantau ini.

0 comments: