Makhluk lagenda Greek ini digambarkan dengan kekuatan luar biasa,bijak dan misteri. Membina sarang di sekitar harta karun atau emas dan secara tak langsung menjadi penunggu harta tersebut. Griffin juga dikenali sebagai Griffon atau Gryhon adalah makhluk mistik yang berbadan singa, bersayap dan berkepala helang. Kadangkala digambarkan berekor ular. Sesetengah mitos menyatakan hanya griffin betina mempunyai sayap. Manakala griffin jantan pula berduri di belakangnya. Griffin dikatakan berasal dari cerita mitos India, namun ceritanya lebih popular di Greek. Makhluk bersayap ini akan mencari bukit dan gunung yang mempunyai emas dan akan bersarang di situ. Malah dipercayai juga bahawa griffin membina sarangnya dari emas. Karekteristik griffin agak perapi. Sarangnya sentiasa terjaga dan dikawal dari setiap sudut.
Griffin amat tidk menyukai kuda. Griffin akan membaham mana-mana kuda yang terserempak dengannya. Jika kuda itu berpenunggang, mereka juga senasib dengan kudanya. Namun dalam kebanyakkan mitos Greek, Griffin digambarkan bijak berbicara. Serupa Sphinx. Makhluk ini akan mencabar dahulu manusia yang terserempak dengannya dengan teka-teki dan jenaka pintar. Mana-mana manusia yang berjaya menjawap soalannya akan diberi ganjaran emas dan nyawa terselamat, jika tidak menjadi santapannya. Satu lagi mitos menceritakan bahawa makhluk lagenda Hippogriff (BuckBeak-Harry Potter) adalah hasil dari hubungan Griffin dengan kuda betina(?). Dalam mitos Greek, griffin amat memusuhi kaum manusia bermata satu yang dikenali dengan nama Arimaspians. Kaum ini dibenci Griffin kerana sering mencuri emas miliknya. Griffin seringkali menyerang kaum ini sebagai pembalasan. Menurut Adrienne Mayor, pakar sejarah dan cerita dongeng klasik, griffin mungkin sebenarnya adalah spesies dinosour. Bentuk fizikal spesies Protoceratops yang juga berparuh dan berkaki empat mungkin disalah-visualkan sebagai griffin. Kenyataannya merujuk kepada penemuan rangka Protoceratops di lombong emas di pergunungan Altai, Wilayah Scythia, Kazakhstan. Sesiapa pun pencari emas yang terjumpa rangka ini akan menyangka ia milik griffin. Ada juga yang mempercayai griffin berasal dari keturunan Cherub-malaikat dalam kepercayaan barat. Dalam klasik, griffin adalah simbol kekuasaan dan keadilan tuhan. Griffin juga amat setia kepada pasanganny. Jika pasangannya mati, ia akan meneruskan hidup tanpa mencari pasangan baru. Kaki griffin dikatakan bermanfaat dalam bidang perubatan dan sehelai bulunya sahaja mampu mengembalikan penglihatan orang buta.
0 comments:
Post a Comment