BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 25, 2011

Mitos - GriFFin

Makhluk lagenda Greek ini digambarkan dengan kekuatan luar biasa,bijak dan misteri. Membina sarang di sekitar harta karun atau emas dan secara tak langsung menjadi penunggu harta tersebut. Griffin juga dikenali sebagai Griffon atau Gryhon adalah makhluk mistik yang berbadan singa, bersayap dan berkepala helang. Kadangkala digambarkan berekor ular. Sesetengah mitos menyatakan hanya griffin betina mempunyai sayap. Manakala griffin jantan pula berduri di belakangnya. Griffin dikatakan berasal dari cerita mitos India, namun ceritanya lebih popular di Greek. Makhluk bersayap ini akan mencari bukit dan gunung yang mempunyai emas dan akan bersarang di situ. Malah dipercayai juga bahawa griffin membina sarangnya dari emas. Karekteristik griffin agak perapi. Sarangnya sentiasa terjaga dan dikawal dari setiap sudut.
Griffin amat tidk menyukai kuda. Griffin akan membaham mana-mana kuda yang terserempak dengannya. Jika kuda itu berpenunggang, mereka juga senasib dengan kudanya. Namun dalam kebanyakkan mitos Greek, Griffin digambarkan bijak berbicara. Serupa Sphinx. Makhluk ini akan mencabar dahulu manusia yang terserempak dengannya dengan teka-teki dan jenaka pintar. Mana-mana manusia yang berjaya menjawap soalannya akan diberi ganjaran emas dan nyawa terselamat, jika tidak menjadi santapannya. Satu lagi mitos menceritakan bahawa makhluk lagenda Hippogriff (BuckBeak-Harry Potter) adalah hasil dari hubungan Griffin dengan kuda betina(?). Dalam mitos Greek, griffin amat memusuhi kaum manusia bermata satu yang dikenali dengan nama Arimaspians. Kaum ini dibenci Griffin kerana sering mencuri emas miliknya. Griffin seringkali menyerang kaum ini sebagai pembalasan. Menurut Adrienne Mayor, pakar sejarah dan cerita dongeng klasik, griffin mungkin sebenarnya adalah spesies dinosour. Bentuk fizikal spesies Protoceratops yang juga berparuh dan berkaki empat mungkin disalah-visualkan sebagai griffin. Kenyataannya merujuk kepada penemuan rangka Protoceratops di lombong emas di pergunungan Altai, Wilayah Scythia, Kazakhstan. Sesiapa pun pencari emas yang terjumpa rangka ini akan menyangka ia milik griffin. Ada juga yang mempercayai griffin berasal dari keturunan Cherub-malaikat dalam kepercayaan barat. Dalam klasik, griffin adalah simbol kekuasaan dan keadilan tuhan. Griffin juga amat setia kepada pasanganny. Jika pasangannya mati, ia akan meneruskan hidup tanpa mencari pasangan baru. Kaki griffin dikatakan bermanfaat dalam bidang perubatan dan sehelai bulunya sahaja mampu mengembalikan penglihatan orang buta.

Thursday, February 24, 2011

Kenali Sejarah Melaka

MELAKA amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari pelindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, baginda dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya di tendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.

Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut. Pilihan Parameswara begitu tepat kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah2 tebing selat Melaka yang menghubungkan Negara China ke India dan timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Parameswara telah memeluk agama islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 dan telah memakai gelaran Sultan Iskandar Syah (1414-1424) telah meletakkan asas kemajuan Negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama islam yang terulung di rantau ini.

PerCuTian Yang Pelik

PERCUTIAN USD 1 JUTA
Satu saiangan seolah-olah berlaku untuk menentukan siapakah yang membuat percutian yang paling mahal sekali. Resort The Emirates Palace di Abu Dhabi telah mengumumkan pakej Million Dollar Travel yang akan menawarkan 'kepuasan tidak terhingga'. Bersama-sama dengan perkhidmatan kelas pertama untuk penerbangannya, turut dimasukkan dalam percutian itu ialah penginapan selama 7 malam di sebuah suite gergasi di resort tersebut dan antara ciri-ciri lain percutian yang sangat mahal ini ialah seperti perkhidmatan chauffeur menggunakan kereta Maybach pada bila-bila masa, perkhidmatan rawatan spa setiap hari, perjalanan menaiki jet ke Iran yang mana di sana para pelawat dibenarkan membuat karpet parsi mereka sendiri bersama-sama pembuat karpet paling dikenali dan terbaik di sana selain percutian sehari ke Bahrain menggunakan jet peribadi. Malahan pihak resort tersebut berharap yang percutian itu akan dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records.
PERCUTIAN KE BULAN
SPACE ADVENTURES akan meyediakan peluang kepada manusia yang bertuah dan berkemampuan untuk berada dalam kapal angkasa Soyuz dalam satu misi yang agak pelik iaitu percutian ke bulan. Selama tempoh 7 hari penerbangan angkasa itu berlangsung yang mana kelajuan maksimumnya mencapai 17,000 batu sejam dan orang-orang yang berpeluang meyertainya akan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri bintang-bintang, sebahagian besar permukaaan bulan dan juga bumi dari kejauhan 250,000 batu jauhnya dari bumi sendiri. Para calon sebelum itu diperlukan untuk menjalani satu latihan selama 4 bulan bersama-sama dengan kosmonot dari Rusia di Pusat Latihan kosmonot Yuri Gagarin yang terletak di Star City, Rusia. Dua tempat disediakan untuk tujuan tersebut dengan harga USD 100 juta setiap satunya.

PERCUTIAN DI TAMAN TEMA UNTUK ORANG-ORANG KERDIL
Jika orang-orang yang ingin bercuti sudah kehabisan idea untuk meraikan percutian mereka di taman-taman tema yang biasa maka mereka bolehlah memilih sebuah taman tema yang lebih berbeza daripada biasa iaitu sebuah taman tema orang-orang kerdil. Mengikut TEA, benua Asia mempunyai pasaran taman tema yang paling besar dan berkembang di dunia dengan lebih 77.6 pengunjung untuk Asia di 15 buah taman tema kesemuanya. Salah satu daripada taman tema terbesar di benua ini ialah yang telah dilancarkan pada tahun 2009 iaitu Dwarf Empire, iaitu sebuah taman tema di bahagian selatan China yang terletak di atas sebuah bukit yang didekasikan dan kebanyakkannya mempunyai pekerja daripada orang-orang kerdil yang mempunyai ketinggian di bawah 4 kaki. Malahan taman tema ini juga mendapat pendedahan media dunia yang luas kerana kemampuannya untuk mengambil begitu ramai orang-orang kerdil sebagai pekerja yang mana sebelum ini, golongan ini antara mereka yang sukar mendapat pekerjaan. Jadi kerana taman tema itu, kebanyakkan orang-orang kerdil di China kini telah mempunyai pekerjaan di situ.