BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 19, 2010

Hutan Hujan Utama Di Dunia

TAMAN NEGARA GUNUNG KINABALU, MALAYSIA

  • Taman Negara ini menyimpan pelbagai spesies yang jarang ditemui bagi burung dan juga bunga. Malahan bunga orkid dan rafflesia juga boleh ditemui di sini. Turut terdapat di sini ialah pokok-pokok yang sangat tinggi, lintah merah selain beberapa jenis tumbuhan karnivor dan juga cacing tanah gergasi.

TAMAN NEGARA EMAS DAN CHAPADA DOS VEADEIROS, BRAZIL
  • Kawasan hutan hujan ini sangat terkenal kerana tumbuhannya yang lebat serta hidupan liarnya. Malahan semua ini berjaya membantu dan mengekalkan kawasan Cerrado dengan biodiversitinya dan menjadi habitat bagi beberapa jenis tumbuhan dan haiwan.

HUTAN AWAN EQUADOR

  • Hutan Awan Equador ini seolah-olah membawa pengunjungnya berada di tempat lain. Kita boleh melihat yang kawasan hutan awan ini akan mengunjur sehingga ke dua-dua bahagian di Andes dan cukup dikenali kerana biodiversiti yang boleh ditemui di situ yang antaranya yang paling menarik ialah kepelbagaian spesies burung yang sangat sukar ditemui. kawasan kabus dan kawasan hijau hutan ini turut menyimpan pelbagai himpunan keindahan bunga-bunga orkid dan juga bunga-bunga lain dan tidak lupa juga burung yang pelbagai jenis.

DAINTREE, AUSTRALIA

  • Kawasan hutan ini lebih dikenali sebagai sebuah hutan hujan yang bertemu dengan batu karang. Kawasan ini terletak di Utara Queensland dan mempunyai spesies flora dan fauna yang paling sukar ditemui di bumi kita. Juga boleh ditemui pelbagai jenis rama-rama, kelawar, katak dan juga berjenis-jenis reptilia di kawasan ini. Hutan ini dikatakan telah wujud sejak 135 juta tahun yang lampau dan keindahan kawasan ini hanya dapat dinikmati dan dikagumi oleh para pengunjung yang pernah bertandang di situ dan menyaksikannya sendiri.
HUTAN HUJAN AMAZON

  • Walaupun sebenarnya hutan hujan Amazon ini merangkumi sehingga 9 negara namun kebanyakkan atau sebahagian besar darinya adalah berada di Negara Brazil. Ini adalah hutan hujan yang paling besar di dunia dan oleh itu tidak hairanlah ia mempunyai biodiversiti yang cukup banyak berbanding mana-mana hutan hujan yang lain. Antaranya yang boleh ditemui di sini ialah seperti haiwan-haiwan yang pelik,tumbuh-tumbuhan yang cantik serta pelbagai jenis ikan. Turut boleh dijumpai di hutan yang penuh eksotik ini ialah pelbagai hidupan mamalia dan reptilia.

0 comments: