BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 21, 2010

Tip Merawat Bibir Mengelupas

Berada dalam ruangan berhawa dingin atau berudara kering boleh menyebabkan bibir menjadi mengelupas dan pecah-pecah.Jika kita banyak melakukan aktiviti di luar,pilihlah pelembab bibir yang mengandungi sunscreen.Kulit bibir memang lebih tipis dari kulit lain dan sangat sensitif terhadap sengatan matahari.Oleh kerana itu,kita mesti lebih hati-hati dalam merawatnya.

  • Oleskan pelembab yang mengandungi petroleum jelly setiap beberapa jam sekali untuk siang hari.
  • Sebelum tidur oleskan kembali lip balm.
  • Jangan terlalu sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir lebih kering lagi.
  • Lip balm mengandung camphor memang memberikan kesan mendinginkan,tetapi kalau terlalu sering digunakan boleh menimbulkan iritasi.
  • Amalkan minum air putih dan mengambil vitamin c.

0 comments: