Oh the smell of these #ComidaPizzas . Love the crust, the topping! Check #MilkADeal for the promo!
Thursday, May 12, 2011
Tuesday, May 10, 2011
Friday, May 6, 2011
Just one touch, I swear! Win Samsung Galaxy Tabs with #TupperwareOneTouch today. Click for more info.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:28 AM 0 comments
Monday, April 25, 2011
Wednesday, April 13, 2011
IkAn TerBeSar mungkin AdaLah LebiH BeSaR..
Mengikut satu kajian terbaru yang telah dijalankan, ukuran sebenar bagi ikan yang paling besar di dunia iaitu ikan paus jerung berkemungkinan adalah lebih besar daripada apa yang pernah direkodkan sebelum ini. Para saintis yang bekerja di Mozambique telah mendapat cara untuk mengukur menggunakan kamera yang diletakkan laser. Walaupun sebelum ini ikan terbesar ini diukur dengan 20 meter panjang namun perincian sebenar ukurannya sangat sukar diperolehi sebelum ini. Dengan kerjasama dengan University of Queensland, pihak Marine Megafauna Foundation and CSIRO Marine and Atmospheric Research, para pengkaji dan saintis ini telah melaporkan penemuan mereka itu dalam Journal of Fish Biology. Menurut seorang calon PhD iaitu Christoph Rohner, kajian yang dijalankan oleh mereka itu ialah kajian pertama yang menunjukkan ukuran yang tepat untuk ikan paus jerung berbanding mana-mana kajian sebelum ini yang hanya menggunakan tali pita untuk mengukur ataupun hanya membuat andaian tentang ukurannya yang mana sebelum ini kebanyakkan saiz-saiz ikan ini diukur menggunakan kaedah 'photogrammetery' iaitu satu kaedah yang mengukur melalui foto-foto yang diambil.
Oleh kerana ikan-ikan paus jerung adalah spesies yang terancam di serata dunia, jadi hasil kajian seperti ini adalah sangat penting untuk memastikan kelangsungan hidup spesies ini di mukabumi kita. Para pengkaji telah mendapati hampir 19% daripada spesies ini berada di luar pantai Mozambique. Manakala dalam satu tinjaun satelit baru-baru ini pula menunjukkan yang ikan-ikan ini bermigrasi sehingga 13,000 kilometer jauhnya. Satu fakta penting yang perlu kita ketahui di sini ialah ikan-ikan jerung ini sebenarnya dikategorikan dalam spesies 'ikan' dan bukannya ' mamalia'. Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 12:03 PM 0 comments
Detoks dengan jus peria
Warnanya hijau, ada yang kecil dan ada yang besar. Rasanya pahit, membuatkan ramai yang kurang menggemarinya. Tetapi, masih terdapat sesetengah orang yang menghargai khasiat buah ini dengan mengamalkan sebagai ulam atau digoreng. Meski rasanya pahit, sayur ini sebenarnya baik untuk kesihatan. Antaranya:-- Sebatian insulin iaitu hipoglikemik di dalam pahit peria ini sangat efektif untuk mengawal kadar gula darah. Sebatian ini juga dikenal pasti mampu meningkatkan intoleransi glukosa pada penghidap diabetes mellitus.
- Dua sudu makan jus peria dicampurkan dengan sedikit bawang dan jus limau npis memberi manfaat untuk mengubati penyakit kolera.
- Peria mengandungi beta karoteno yang banyak sehingga ia boleh menjaga dan meningkatkan kemampuan penglihatan seseorang.
- Zat peria juga boleh meningkatkan sistem imunisasi.
- Selain itu, makan peria secara rutin boleh membantu mencegah penyakit kulit seperti psoriasis dan jangkitan penyakit seperti kurap.
- Kebaikan lainnya adalah jus peria ini amat baik untuk proses detoksifikasi secara aman semula jadi.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:13 AM 0 comments
Thursday, March 3, 2011
MONARCH BUTTERFLYPosted by Cik RaFiza Abu Samah at 12:48 PM 0 comments
HaiWan dengan waRNa menakJubKaN
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 12:04 PM 0 comments
Friday, February 25, 2011
Mitos - GriFFin
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:38 AM 0 comments
Thursday, February 24, 2011
Kenali Sejarah Melaka

Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut. Pilihan Parameswara begitu tepat kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah2 tebing selat Melaka yang menghubungkan Negara China ke India dan timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Parameswara telah memeluk agama islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 dan telah memakai gelaran Sultan Iskandar Syah (1414-1424) telah meletakkan asas kemajuan Negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama islam yang terulung di rantau ini.Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 12:39 PM 0 comments
PerCuTian Yang Pelik
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:20 AM 0 comments
Wednesday, January 26, 2011
KaTa-KaTa HikMaH....
Berikut adalah beberapa kata-kata hikmah:-
Daripada Sayidina Ali Abi Talib
- Dada orang berakal itu ialah peti suaranya.
- Apabila sempurna akal, kurang perkataan.
- Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir (pemandu) untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
Pepatah China
- Benar jadi berani.
Pepatah Arab
- Kalau bekerja dianggap menyusahkan, menganggur merosakkan.
Hamka
- Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu dan enggan mendekati suatu yang tercela. Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur.
Ulama
- Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak megerjakan amal soleh.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 3:55 PM 0 comments
Hairan Dengan Manusia.......
Petikan ayat-ayat di bawah ini, saya ambil dari Majalah Mastika yang ditulis dalam bahasa jawi dan saya terjemahkan ke dalam bahasa melayu. Petikan ini daripada buku fadilat zikir karya Maulana Muhammad Zakaria :-
- Aku hairan sikap orang mengetahui adanya maut tapi masih ketawa.
- Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tapi masih mencintainya.
- Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.
- Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya timbangan amal terhadap dirinya tapi masih menimbunkan harta kekayaan.
- Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya neraka jahanam tapi masih berani melakukan maksiat.
- Aku hairan sikap orang yang mengenal zat ALLAH tapi masih mengingati sesuatu selain dariNYA.
- Aku hairan terhadap sikap orang yang tahu adanya syurga tapi masih mencari kemewahan hidup di dunia.
- Aku hairan sikap orang yang menganggap syaitan itu sebagai musuh tapi masih mentaatinya.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 3:37 PM 0 comments
HaiWan TerPIntaR?
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 2:31 PM 0 comments
Monday, January 24, 2011
Rumah Pasang Siap
Di luar negara terdapat pelbagai kaedah rekabentuk rumah pasang siap. Adakah anda juga teringin untuk memiliki rumah seperti ini? Tepuk dada tanyalah selera...
MAISON EVOLUTIVRumah seluas 70 meter persegi yang digelar Maison Evolutiv ini dibina menggunakan dua modul yang telah di prarekacipta dan diletakkan di atas satu sama lain. Pihak pembinanya telah meletakkan bahagian atas rumah sebagai paksi untuk mencipta pelbagai ruang luaran dengan kawasan dalaman. Rumah ini juga adalah sebuah rumah yang mesra alam yang hanya menggunakan tenaga sebnyak 48kwh bagi setiap meter persegi dalam tempoh setahun. Sistem solar di bahagian bumbung rumah membekalkan kemudahan air panas manakala simpanan air hujan pula akan digunakan untuk kemudahan tandas dan juga hiasan landskap.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:59 AM 0 comments
Wednesday, January 12, 2011
WaniTa BerPENGARUh....
Ini dia di antara wanita-wanita yang berpengaruh........
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 12:09 PM 0 comments
Wednesday, January 5, 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA.............
HAPPY NEW YEAR 2011 FOR U ALL...........
Permulaan tahun yang menarik..Selama ini kita hanya kenal beberapa warna sahaja tidak termasuk warna asas. Kebanyakkan kita tak tahu nama warna yang ada. Berikut adalah beberapa warna ganjil yang kita tak pernah dengar :-
WARNA GAMBOGE
WARNA FALU REDPosted by Cik RaFiza Abu Samah at 2:58 PM 0 comments






























