BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 27, 2010

Rempah Memiliki Khasiat Penyembuh

CENGKIH

Bahan dengan aroma khas ini mengandungi bahan kimia anti-radang yang dikenali sebagai eugenol. Melalui kajian pada haiwan, haiwan ini menghalang COX-2, iaitu sejenis protein yang menimbulkan peradangan. Selain itu cengkih juga kaya dengan antioksida.Kombinasi kedua-dua bahan ini mempunyai khasiat pada kesihatan bermula dari jantung dan membantu mencegah kanser, hinggalah melambatkan kerosakkan tulang rawan akibat radang sendi. Selain itu, komponen di dalam cengkih juga dilihat dapat memperbaiki insulin.

Jika anda sakit gigi, cuba letakkan sedikit cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya. Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. Minyak cengkih berfungsi untuk melawan bakteria sekaligus memberi kesan mematikan rasa. Hasil kajian menunjukkan cengkih juga membunuh bakteria tertentu yang kebal terhadap antibiotik.

KETUMBAR

Biji ketumbar digunakan selama ribuan tahun untuk membantu pencernaan. Cuba buat teh pekat daripada biji ketumbar yang dihaluskan dan ditapis sebelum diminum. Herba ini boleh membantu mengatasi sindrom gangguan usus dengan cara melegakan kekejangan usus yang boleh menyebabkan cirit-birit.

Kajian-kajian terdahulu juga telah menunjukkan bahawa ketumbar boleh meredakan kepanikan. Kandungan minyak di dalamnya pula dikatakan dapat melawan bakteria, termasuk e-coli dan salmonella. Di samping itu, kajian lain menunjukkan bahawa ketumbar boleh menurunkan kadar kolesterol selain mempunyai antioksidan di dalamnya.

BUAH PALA

Sama seperti cengkih, buah pala mengandungi eugenol iaitu komponen yang berkhasiat menjaga kesihatan jantung. kandungan myristicin di dalam herba ini boleh menyebabkan euphoria. Kesan ini nyata sama kesannya dengan ubat ekstasi.

Namun, dari aspek perubatan, buah pala mengandungi komponen bakteria yang kuat. Komponen di dalamnya boleh membunuh sebahagian bakteria penyebab gigi berlubang di dalam mulut. Selain itu, myristicin juga dilihat menghalang enzim di dalam otak yang boleh menyebabkan penurunan daya berfikir seseorang serta memperbaiki memori pada tikus.

SAGE

Sage dikenali sebagai penguat memori. Kajian di makmal menunjukkan bahawa sage melindungi otak daripada proses-proses yang menyebabkan daya fikir menurun secara drastik.

Kajian pada manusia menunjukkan minyak di dalam sage berfungsi memperbaiki keadaan hati, meningkatkan kepekaan, ketenangan dan kepuasan. Kajian mendapati mendapati orang dewasa sihat mempunyai prestasi ujian mengingat yang lebih baik setelah mengamalkan kapsul yang mengandungi minyak sage ini.

Sage juga dikatakan berpotensi mengatasi diabetes. Herba ini dilihat meningkatkan kerja insulin dalam menurunkan kadar gula darah sehingga sage disebut-sebut sebagai metformin ( iaitu ubat anti-diabetes yang sering digunakan ). Beberapa pengkaji juga mengatakan bahawa suplemen sage boleh membantu mencegah diabetes tahap 2.

0 comments: