BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 22, 2010

Kaloriku

Salam...

Dah hampir 2 bulan dah aku amalkan program diet. Berat aku aku turun,turun dan turun. Bila aku stop kejap program diet, mula lah naik balik berat aku.Pastu turun 1/2 kg. Sekarang nie still maintain jer. Tak mau turun-turun lagi. Kenapa yer?? Bila difikir-fikirkan..mungkin aku kurang senaman? Aku balik keje jer hari hampir gelap. Tak sempat nak senaman. Ahah..mungkin aku tak jaga kalori kot. Adik aku kata makan hanya 2 keping roti sapu mentega kacang dan epal hijau setiap hari. Aku dah cuba tapi cuma sekejap jer aku boleh tahan. Pelbagai rasa dan mainan mindaku menolak. Akhirnya aku curi-curi makan sedikit. Itu yang beratku tak mau turun-turun lagi. Apa ikhtiarku...nak buat diet ketat aku tak mampu nak buat. Akhirnya aku cuba buat jadual kalori ku agar jumlah kalori yang aku ambil adalah kurang dari 1000 kalori setiap hari. Aku nak buat sehingga aku berjaya boleh kurangkan pengambilan kalori sehingga 500 kalori saja setiap hari. Mungkin dengan cara ini aku akan berjaya menurunkan berat secara sihat dan mindaku pun sihat. Diet yang mendadak membuatkan fikiran bercelaru dan badan pun lesu.
Jumlah kalori yang diperlukan orang dewasa dalam sehari:-
  • Lelaki = 2000-2500 kalori
  • Perempuan = 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika terlebih kalori?

  • Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berikut adalah senarai jumlah kalori mengikut kategori:-

MAKANAN RUTIN

  • Nasi putih (11/2 cawan) = 260
  • Nasi lemak bersambal ( 1 pinggan) = 400
  • Nasi lemak berlauk telur goreng ( 1 pinggan) = 494
  • Nasi goreng bertelur (1 pinggan) = 635
  • Nasi briyani ayam (1 pinggan) = 880
  • Nasi briyani kambing (1 pinggan) = 587
  • Nasi ayam (1 pinggan) = 363
  • Mee goreng kosong (1 pinggan) = 660
  • Mee sup (1 mangkuk) = 380
  • Mee kari (1 mangkuk) = 529
  • Meehon goreng (1 pinggan) = 550
  • Meehon sup (1 mangkuk) = 380
  • kuehtiaw goreng ( 1 pinggan) = 312
  • Roti putih gardenia (2 keping) = 151
  • Roti canai kosong tanpa kuah ( sekeping) = 200
  • Capati berkuah ( sekeping) = 300
  • Murtabak tanpa kuah ( sekeping) = 146
  • Soto ayam ( semangkuk) = 493

LAUK PAUK

  • Ikan kembung goreng seekor = 140
  • Ikan kembung bakar seekor = 108.2
  • Ikan Tengiri goreng bercili seekor = 142
  • Daging kari 2 ketul = 130
  • Ayam kari seketul = 250
  • Ayam bakar seketul = 173
  • Ayam tandori seketul = 220
  • Telur goreng sebiji = 110
  • Telur rebus sebiji = 91
  • Sotong goreng secawan = 55
  • Sambal udang secawan = 70
  • Sup ayam semangkuk = 84
  • Sup kambing semangkuk = 227

KUIH MUIH

  • Kasui berkelapa sekeping = 160
  • Bingka ubi sekeping = 220
  • Cekodok pisang sebiji = 180
  • Popia goreng sekeping = 130
  • Popia basah sekeping = 95
  • Pisang goreng sekeping = 170
  • Seri muka sekeping = 144
  • Pau kacang merah sebiji = 203
  • Bubur pulut hitam semangkuk = 200
  • Sandwich sardin sekeping = 70
  • Karipap sebiji = 130

MINUMAN

  • Coke 1 gelas = 150
  • Minuman kotak = 105
  • Kopi susu secawan = 120
  • Teh tarik secawan = 120
  • Teh o secawan = 20
  • Milo secawan = 178
  • Jus oren segelas = 112
  • Tebu segelas = 184

Semoga dengan usaha ini aku berjaya mencapai berat idaman biarpun lambat tapi mempunyai hasil yang lebih memuaskan......SELAMAT BERJAYA......

Wednesday, November 10, 2010

SABUN
- Ceritanya bermula di suatu fabrik sabun pada ketika penciptanya sedang beristirehat. Rupanya mereka lupa untuk mematikan mesin pembuat sabun tersebut sehingga sabun itu bercampur dengan udara. Kerana sabun itu tidak terlihat berbeza maka sabun itu terus sahaja dipasarkan. Di pasaran sabun itu menghasilkan buih dan sangat digemari oleh pengguna. Dan oleh kerana kesilapan itulah sehingga kini sabun berbuih.
SANDWICH
- Ini adalah salah satu cerita bagaimana sandwich ditemui (atau mungkin mula dibuat). Pada sekitar tahun 1700 seseorang yang bernama Earlof Sandwich sedang asyik dan sibuk bermain judi. Kerana rasa ketagihnya terhadap judi maka dia enggan meninggalkan tempat duduknya itu. Suatu ketika dia merasa lapar, tetapi oleh kerana dia tidak mahu beranjak dari tempat duduknya, dia pun memesan makanan dan menyatukan pesanannya itu di antara dua keping roti. Pesanan si gila judi ini akhirnya dikenali sebagai sandwich dan ditiru oleh rakan-rakannya.

TEH
- Sekitar tahun 2373 SM, Kaisar Shen Nung sedang merebus sejenis minuman panas. Tetapi dia terlupa untuk menutup cerek air tersebut sehingga tanpa sengaja angin meniup daun-daun pokok di sekitar tempat tinggalnya itu lalu memasuki cerek tersebut. Pada saat sang Kaisar itu ingin menikmati minuman itu, daun itu sudah pun bercampur dengan minuman tersebut dan mengeluarkan haruman yang luar biasa. Ketika dicuba rasanya penuh kenikmatan. Sejak itulah minuman teh mulai tersebar di China.

POPCORN
- Dengan berakhirnya Perang Dunia II, jurutera mencari manfaat lain dari magnetron, yang menghasilkan gelombang mikro untuk sistem radar. ketika Spencer sedang berdiri berhampiran perangkat tersebut pada suatu hari, coklat di dalam sakunya menjadi cair. Lantas dia mendapati bahawa magnetron bekerja labih baik untuk menghasilkan popcorn.


BROWNIES
- Khabarnya tercipta Brownies adalah kerana (kemalangan) alias lalainya si pembuat kuih dalam membancuh kuih dan memasukkan baking powder. Sehinggakan kuih coklat yang hendak dibuatnya itu menjadi bantat seperti kuih baulu bantat. Apa itu bantat? Bantat adalah tidak mengembang. Menurut situs The Amazing of Brownies, resepi brownies pertama kali disiarkan pada tahun 1897 di Sears, Roebuck Catalogue. Dalam sejarah kulinari, brownies termasuk dalam kategori cookie, kuih kecil berbahan asas tepung. Rasanya manis dengan tekstur lembut dan rapuh.

Tuesday, November 9, 2010

Tips penjagaan pokok kaktus kacukan


Penjagaan
  1. Siram bila perlu sahaja, dua tiga hari sekali seperti juga untuk pokok kaktus yang lain. Pastikan medium tanamannya kering dahulu sebelum menyiramnya semula. Ini sangat perlu diikuti kerana terlalu banyak air siraman atau air bertakung dalam medium tanamanya boleh menyebabkan akarnya mudah menjadi reput dan boleh mematikan pokok.
  2. Ia sesuai ditanam di kawasan yang banyak sinaran matahari untuknya hidup subur.
  3. Baja khas untuk tanaman kaktus adalah sangat sesuai untuk pertumbuhannya. Namun begitu baja organik seperti najis kelawar atau ayam yang siap diproses boleh juga digunakan. Sila ikuti arahan penggunaan seperti tertera di pek baja yang digunakan.

Makanan Halal beri Kesan ROHANI, JASMANI


Sabda Rasulullah SAW:"Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap umat islam."(Riwayat Ibnu Abdil-Barr). Sebagaimana kita ketahui, umat islam bukan saja perlu mencari rezeki daripada sumber dan pekerjaan yang dibenarkan dalam islam,malah kita perlu tahu setiap makanan serta minuman yang dimabil itu tidak jatuh di dalam hukum haram. Ini kerana ALLAH SWT menghalalkan sesuatu kerana ia baik untuk manusia dan sebaliknya diharamkan sesuatu kerana ia memudaratkan.


Halal sesuatu makanan dan minuman atau produk itu bergantung kepada sumbernya dan bahan mentah yang digunakan. Malah berdasarkan hukum syarak, cara memprosesnya atau membuatnya juga hendaklah dipastikan ia dikendali dengan cara bersih,suci dan halal. Jika tidak, makanan berkenaan yang pada mulanya bersumberkan bahan mentah yang halal akhirnya boleh 'jatuh' ke dalam kategori makanan yang haram.


Makanan dan minuman halal bukan sekadar menjaga kesihatan fizikal atau jasmani, sebaliknya paling penting ia dapat menjaga kesihatan rohani dan jiwa. Makanan halal akan memberi kesan kebaikan kesihatan jasmani, rohani dan jiwa kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Ada seorang yang kusut masai, berdebu dan sentiasa dalam musafir. Namun keadaan makannya haram, pakaiannya haram dan dibesarkan dengan yang haram. Lalu dia mengangkat tangannya sambil berdoa:'Ya Tuhanku, Ya Tuhanku'. Maka, bagaimana orang yang sedemikian itu akan dapat dimakbulkan doanya."(Riwayat Muslim).


Jelas menerusi hadis ini, makanan yang berpunca daripada sumber haram turut memberi kesan kepada kedudukannya di sisi ALLAH SWT. Ia menjauhkan seseorang itu daripada keredaan ALLAH SWT dan menjadi tanda bahawasanya dijauhkan mereka (pemakan harta haram) daripada rahmat dan nikmat ALLAH SWT. ALLAH SWT berfirman:"Dan siapa yang taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang dikurniakan nikmat oleh ALLAH kepada mereka,iaitu para Nabi,Siddiqin dan para syuhada serta para solihin. Dan amat eloklah mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat)."(Surah An-Nisaa',69).


Oleh itu,apa juga makanan, minuman atau produk kegunaan umat islam hendaklah dipastikan bukan daripada sumber haram seperti penipuan, mencuri, rasuah, bukan bahan haram, bukan najis, racun dan sebagainya. Firman ALLAH SWT:"Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."(Surah Al-Baqarah,168)


Demikianlah, Islam memandu hidup manusia supaya sentiasa taat perintah ALLAH SWT dan Rasul-Nya dalam mematuhi perintah terhadap soal makanan dan minuman atau apa jua produk kegunaan umat islam hanya yang halal. Islam adalah agama yang sangat menjaga keselamatan, kesihatan dan kehidupan umatnya melalui penjagaan makanan, minuman dan produk yang halal. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik, sihat jasmani dan rohani serta mendapat berkat dalam hidup.

Wednesday, November 3, 2010

(Sekadar gambar hiasan)
Suatu hari, datang seorang lelaki beserta seorang anaknya menemui Sayidina Umar al-Khattab. Wajah anak itu mirip sekali dengan wajah bapanya hinggakan Umar hairan melihatnya. Lalu Umar berkata: " Saya tidak pernah melihat seekor burung gagak pun serupa dengan induknya. Apa yang saya lihat sekarang adalah wajah anak dan wajah bapa mirip sekali!".
Lelaki itu berkata " Ya amirul mukminin, sesungguhnya anakku ini pernah mengalami kejadian menakjubkan. Anakku pernah terbenam dalam tanah selama sembilan bulan. Dengan kuasa ALLAH, dia hidup kembali!" Umar terkejut mendengar berita pelik itu lalu bertanya: " Apa sebenarnya telah berlaku?" Lelaki itu menjawap: "Ketika anakku ini berada dalam kandungan ibunya, aku berhasrat pergi belayar. Sebelum berangkat, aku berwuduk dan solat dua rakaat. Setelah itu aku berdoa : "Ya Tuhanku, aku serahkan anakku yang berada dalam perut ibunya ini kepada Engkau dan serahkanlah kepadaku dengan selamat apabila aku kembali kelak."
" Kemudian aku belayar selama sembilan bulan. Ketika pulang dari belayar, aku mendapat khabar bahawa isteriku telah meninggal dunia. Sambil berlinangan airmata dan pilu, aku pergi ke kuburnya. Sampai di sana aku terdengar suatu suara dari dalam kubur isteriku. Suara itu amat jelas sehingga aku mengambil keputusan menggalinya. Semasa kubur itu digali aku melihat mayat isteriku telah busuk dan hancur kecuali susunya masih tetap elok dan di saat itu anakku sedang menyusu. Akhirnya aku selamatkan anakku sambil bersyukur: " Ya Tuhanku, Engkau telah memberi kurniaan kepadaku dengan mengembalikan anakku ini. Maka, jika Engkau kembalikan pula isteriku, alangkah besarnya kurniaan-Mu kepadaku.'
" Tiba-tiba aku terdengar suatu suara bergema: ' Engkau dahulu telah menyerahkan anakmu kepada ALLAH, maka sekarang ia dikembalikan semula kepadamu.' " Seandainya, dulu engkau juga menyerahkan isterimu, sudah tentu sekarang akan dikembalikan pula seperti ALLAH mengembalikan anakmu dengan selamat!"

NaGa Penjaga GuNung Bergerak KeTika TiDuRRR..

Gunung Merapi dijaga 'Baruklinting' iaitu seekor naga besar. Itu kepercayaan penduduk setempat yang mengatakan gunung berapi paling aktif di dunia itu dilingkari naga terbabit yang sedang tidur. Bagi penduduk setempat, naga itu melingkari gunung berapi itu. Biarpun ianya hanya satu mitos tetapi mereka percaya gegaran yang berlaku disebabkan naga berkenaan bergerak ketika tidur. Bagi mereka, jika tidak mahu ditimpa musibah, pengunjung Gunung Merapi tidak boleh bermulut celupar dan menjaga adat kesopanan ketika berada di sekitar gunung itu.
Menurut mereka, pelbagai kejadian pelik yang berlaku ketika pelancong memanjat Gunung Merapi berkenaan dan setakat ini ada yang pernah dilaporkan ghaib tanpa sebarang kesan. Kebanyakkan pelancong yang hilang itu adalah dari Russia dan ada antara mereka yang dijumpai semula dalam keadaan kebingungan kerana mendakwa masuk ke alam ghaib. Antara yang diceritakan itu adalah ketika tersesat pelancong terbabit yang memanjat bersama rakan secara tiba-tiba terjumpa 'bubrah' (pasar) di atas gunung itu. Dia kemudian terpisah daripada rakan-rakan lain sebaik masuk ke kawasan pasar sebelum terus ghaib daripada pandangan. Bagaimanapun, pelancong terbabit kemudian ditemui semula dalam keadaan lemah tidak jauh dari kawasan dia dilaporkan hilang.
Itu antara kisah yang diceritakan dari mulut ke mulut oleh penduduk kampung. Malah sejak berzaman, pada setiap 1 Muharam, penduduk akan mengadakan upacara khas dengan mempersembahkan hidangan jamuan untuk naga itu. Entah benar atau tidak, namun itulah kepercayaan mereka yang sehingga kini masih lagi percaya Baruklinting sedang tidur dan melingkari Gunung Merapi.
Apapun, setiap orang, setiap negara dan juga masyarakatnya mempunyai kepercayaan, budaya dan adat mereka sendiri dan kita sebagai orang luar mesti menghormatinya.

Wednesday, October 27, 2010

BanGunan TerCantik Di DuNia

GOLDEN PAVILIN, KYOTO,PULAU HONSHU, JEPUN
Efek dramatik dari dedaunan bewarna emas di sekitar bangunan ini direfleksikan oleh air kolam yang mengelilingi pavilion. Maka dari itulah kolam ini layak digelar Kolam Cermin. Meskipun cukup 'cerah' bangunan yang satu ini memberikan suasana yang amat tenteram.

WIBLINGENABBEY LIBRARY,ULM,PROVINSI BADEN-WURTTEMBERG, JERMAN
Kemegahan dan kemewahan bangunan bergaya seni Rococo ini berada dalam kategori "anda harus melihatnya dulu baru boleh percaya". Bahkan para pengkritik pun mengakui kekaguman mereka dengan perpustakaan yang tenang namun mempunyai 'semarak' ini.
30 ST.MARY AXE, LONDON, ENGLAND
Bangunan pencakar langit moden di Kota London ini berbentuk seperti peluru berpandu atau mentimun. Di kala sebahagian orang mengejek reka bentuk yang pelik, sebahagian lagi terkesima atau tercengang oleh keasliannya. Dengan ukuran tiga kali lebih tinggi dari Air Terjun Niagara, bangunan yang juga digelar The Gherkin ini bukanlah tempat yang tepat bagi mereka yang takut akan ketinggiannya.

JANTAR MANTAR,JAIPUR, RAJASTHAN, INDIA

Planetarium dari abad ke-17 ini berperanan penting untuk meramalkan peristiwa astronomi mahupun meteorologi di daerah tersebut. Lokasi yang paling mengagumkan adalah alat penunjuk waktu dengan bantuan mataharinya atau disebut juga dengan nama Samrat Yantra.

SHWEDAGON PAGODA,YANGON, MYANMAR
Tradisi menyumbang emas untuk pagoda di abad ke-15 silam memang membuahkan hasil yang memuaskan. Dihiasi ribuan berlian dan batu delima, bahagian luar mahakarya seni yang satu ini tak mungkin terkalahkan. Terkecuali oleh reka bentuk bahagian dalamnya dengan langit-langit yang sangat menarik dan hiasan barang peninggalan kuno Buddha.

Tuesday, October 26, 2010

Catatan Hariku....

Salam buat pengujung setiaku....

Sudah agak lama jugak aku tidak menjengah blog kesayangan ku ini lantaran kesibukan membatas aku dari menjenguk dan mencoret perkara yang menarik. Di ruangan ini aku menyempitkan waktu untuk mencoret pengalamanku sepanjang 5 bulan menjadi pengurus tc. Boleh dikatakan pekerjaan aku sekarang amat mencabar lantaran terpaksa berhadapan dengan karenah orang yang pelbagai. Karenah bukan orang sebarangan yakni masyarakat kampung. Umumnya kita sedikit sebanyak mengetahui karenah orang kampung. Ada yang berfikiran terbuka, berfikiran sempit, ada yang berakhlak baik dan ada juga yang mempunyai akhlak yang buruk. Malangnya aku kerana terpaksa berdepan karenah orang kampung yang tidak berakhlak. Sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, aku cuba bersifat penyabar dan bertenang dalam menghadapi kemelut ini. Peristiwa ini tidak aku jadikan pekasam malah aku mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat laporan pada ketuaku. Berhadapan dengan karenah anak-anak kampung yang sudah terlebih dimanjakan menjadikan mereka tidak takut untuk membuat kesalahan walaupun kesalahan itu kecil. Mereka tidak sedar akibat dari salah didikan inilah menyebabkan berlaku keruntuhan akhlak terhadap anak-anak pada zaman sekarang. Inilah yang berlaku senario sekarang. selagi tidak ada kesedaran dalam mendidik akhlak maka tidak hairanlah generasi akan datang mempunyai akhlak lebih buruk dari zaman jahiliyah.

Tuesday, September 28, 2010

LIF yg MENgagumKAn

THE GATEWAY ARCH ( MISSOURI)

Salah satu tempat yang mesti dikunjungi di Missouri ialah Gerbang Gateway ini. Untuk naik ke puncak gerbang ini, para penumpang dalam bentuk kumpulan-kumpulan seramai lima orang perlu memasuki ke dalam sebuah bekas berbentuk telur yang mengandungi lima tempat duduk dan sebuah lantai yang rata. Sebanyak lapan buah bekas yang sama akan disambung untuk membentuk keretapi. Setiap satu bekas ini akan mengekalkan tingkat masing-masing dengan berputar pada setiap lima darjah yang membolehkan orientasinnya yang betul semasa keseluruhan keretapi ini mendaki naik salah satu kaki gerbang tersebut. Setiap satu perjalanan ke atas gerbang itu akan mengambil masa empat minit manakala perjalanan turun pula mengambil masa selama tiga minit. Oleh kerana pintunya adalah dari kaca, maka para penumpang dapat melihat bahagian dalam dan stuktur gerbang ini semasa pendakian kemuncaknya.
SANTA JUSTA ( PORTUGAL )
Lif Santa Justa ataupun juga dikenali sebagai Elevador de Santa Justa or do Carmo ialah sebuah lif di bandar Lisbon di Jalan Santa Justa di negara Portugal. Ia menghubungkan jalan di hujung bandar dengan kawasan di bahagian utara iaitu di Carmo Square. Lif ini telah direkabentuk oleh Raul Mesneir de Ponsard. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada tahun 1900 dan ia berjaya disiapkan pada tahun 1902. Pada asalnya ia dikuatkuasakan oleh kuasa stim namun kemudiannya ditukar menggunakan kuasa elektrik pada tahun 1907. Lif besi ini adalah setinggi 45 meter dan dihiasi dengan gaya neogotik dengan setiap satu tingkat mempunyai corak yang berbeza. Bagaimanapun tingkat teratas hanya boleh dicecah dengan menggunakan tangga 'helicoidal' dan mempunyai sebuah teres yang memaparkan pandangan ke arah Istana Lisbon, Rossio Square dan kawasan kejiranan Baixa. Terdapat dua buah lif di situ dan setiap satunya boleh menempatkan sehingga 24 orang penumpang. Lif ini juga adalah satu tarikan utama pelancong ke Lisbon.

LIF LACERDA ( BRAZIL )
Lif ini menghubungkan bahagian yang lama dengan yang baru di Salvador dan dalam tempoh sehari seramai 30,000 penumpang dapat menaikinya dengan bayaran kira-kira USD0.05 bagi setiap saat perjalanan yang berlalu. Lif ini akan mencapai kemuncaknya pada ketinggian 72 meter. Lif ini juga dapat memberikan pemandangan yang indah kepada para penumpang yang dalam perjalanan mereka dalam lif tersebut.
MENARA EIFFEL ( PERANCIS )
Oleh kerana keadaan kaki Menara Eiffel yang melengkung, maka penambahan lif untuk Menara Eiffel pada mulanya dianggap satu kerja yang terlalu sukar untuk para jurutera yang mengendalikan projek tersebut. Malahan tidak pernah ada lif yang perlu dipasang ke kawasan yang melengkung seperti itu sebelum ini di mana-mana. Namun ternyata dengan kemahuan, sedikit penyelidikan maka tiada yang mustahil dan hasilnya, pada hari ini terdapat dua buah lif yang beroperasi bagi setiap 'kaki' Menara Eiffel ini iaitu satu untuk proses menaik dan satu lagi untuk penghantaran penumpang turun ke bawah. Dan yang lebih menarik lagi ialah salah satu daripada lif tersebut digunakan khas untuk mengangkut penumpang yang akan menikmati hidangan di restoran yang berada di tingkat teratas bagi menara tersebut.

LIF BAILONG ( CHINA )

Lif Bailong yang berada di negara China ini ialah sebuah projek kontroversi. Lif setinggi 326 meter tinggi ini akan membawa para penumpangnya ke salah satu bahagian dari banyak bahagian yang terdapat di curam yang sangat tinggi di Zhangjiajie, China. Ia mendakwa adalah lif bahagian luar yang paling tingggi dan paling berat di dunia. Malahan lif ini telah mendapat tiga pengiktirafan rekod Guinness iaitu lif bahagian luar tekanan penuh paling tinggi di dunia, lif dengan dek berkembar untuk pemandangan paling tinggi di dunia dan lif trafik penumpang paling laju dengan muatan yang paling besar. Namun masa depan lif ini masih menjadi tanda tanya kepada semua orang kerana ada pihak rasmi yang mendakwa kononya lif ini telah menimbulkan isu-isu yang ada kena mengena dengan alam semulajadi.

Thursday, September 23, 2010

PaDa MALAM ISnin ini.....


Penduduk dunia berpeluang menyaksikan Musytari dengan mata kasar lewat malam isnin ini, apabila planet itu akan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi dalam tempoh 50 tahun. Musytari dilapor akan berada kira-kira 592 kilometer dari bumi lewat malam isnin, jarak terdekat dengan bumi sejak tahun 1963. Planet terbesar dalam sistem solar tersebut mengeluarkan cahaya 3 kali lebih terang berbanding bintang paling berkilau di langit iaitu sirius, dan ia hanya boleh dilihat sekali lagi pada tahun 2022. "Musytari sangat terang sekarang sehingga anda tidak memerlukan peta langit untuk melihatnya. Anda hanya perlu berjalan di luar dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi pemerhati berpengalaman, perbezaan melihat Musytari kali ini sangat penting". kata Tony Philips seorang pakar astronomi California yang berkhidmat dengan Pentadbiran Aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA). Bukan sahaja Musytari, planet Uranus juga dilapor bakal berada hampir dengan bumi pada malam yang sama. Ia akan berada dekat dengan Musytari tetapi agak sukar untuk melihat dengan mata kasar. Melalui teleskop, Uranus akan bersinar seperti cakera bewarna hijau zamrud, kurang satu darjah berbanding Musytari. Musytari berada dekat dengan bumi dalam tempoh setiap 12 tahun. Pada 1999, ia melalui bumi pada jarak yang jauh. Philips berkata fenomena yang disifatkan 'sekali seumur hidup itu' agak luar biasa kali ini kerana Uranus akan turut berada dekat dengan bumi pada masa yang sama. Walaupun boleh dilihat berhampiran dengan Musytari menerusi teleskop, Uranus sebenarnya berada pada jarak 2.7 bilion kilometer dari bumi pada malam isnin ini.

Wednesday, September 22, 2010

TeMpat-TemPat MenaRik Yg Perlu DiLaWati...

SOCOTRA
Tempat yang digelar Socotra ini pula dianggap sebagai tempat yang paling pelik rupa bentuknya di mukabumi. Ianya adalah suatu kawasan yang terpencil dan oleh kerana itu, tumbuh-tumbuhan yang boleh kita temui di sini adalah sangat berbeza dengan yang kita temui ditempat lain. Antara pokok yang ada di sini ialah seperti pokok darah naga yang menghasilkan sap yang berwarna merah. Oleh kerana rupanya yang pelik, maka labah-labah dan burung juga tinggal di situ.


KAWAH METEOR
Kawah meteor yang spesifik ini terletaknya ialah di Amareka Syarikat dan telah terbentuk sejak 50,000 tahun yang lampau. Pada masa meteor belum menghentam kawasan tersebut, ianya adalah sebuah kawasan yang mempunyai kawasan hijau yang luas yang turut dihuni oleh unta-unta dan juga mammoth. Namun sememangnya tiada manusia yang ada pada ketika itu dan menjadikan kawsan ini lebih unik dan cantik.

'PINTU NERAKA
Kawasan yang digelar 'Pintu Neraka' ini terletaknya ialah di Turkmenistan dan sebenarnya ialah sebuah kawah yang telah terbakar sejak 35 tahun yang lampau dan tidak pernah terpadam apinya sehingga kini. Ia adalah selebar 70 meter dan telah ditemui pada tahun 1971. Semasa ia mula-mula ditemui, para saintis tidak membuat kiraan gas-gas yang terkandung di dalamnya secara tepat menyebabkan ia berterusan terus menjadi api. Walaupun tidak dapat melihatnya secara dekat, tapi kawasan ini boleh dilihat dari jarak yang lebih jauh.


KOLAM DON JUAN
Letaknya lokasi ini ialah di Antartika. Istimewanya kolam ini pula ialah ianya dikatakan sebagai kolam yang paling masin di dunia. Namun saiznya tidaklah besar malahan ianya juga tidak terlalu dalam. Menurut kajian yang dijalankan, air yang boleh kita temui di kolam ini adalah 18 kali lebih masin daripada air laut yang biasa.
BUKIT PASIR PYLA
Bukit Pasir Pyla yang juga dikenali sebagai The Great Dune Of Pyla ialah sebuah bukit pasir yang besar. Ketinggiannya dianggarkan lebih kurang 100 meter manakala lebarnya 500 meter dan panjangnya pula sekitar 3 kilometer. Ianya juga adalah curam dan telah bertukar menjadi satu kawasan hutan sejak masa berlalu. Bukit ini sangat terkenal bagi mereka yang sukakan aktiviti sukan terutama paragliding.

Monday, September 20, 2010

Salam buat semua....

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Agak lama juga saya tidak jengok blog nie. Al-maklum dalam kita berpuasa saya demam. Dan sebelum kita berhari raya saya demam lagi.Hehehe...Dalam pada itu, sempat jugak saya mencari info yang sesuai untuk saya paparkan di dalam blog nie. Sekarang mari kita lihat apa fakta-fakta yang menarik di bawah:-
  • IKAN EMAS - akan lebih kuat ingatannya jika berada di dalam air sejuk berbanding air yang suam.
  • BURUNG HUMMING - tidak mampu untuk berjalan.
  • DALAM - kebanyakkan spesies mamalia, biasanya jenis betina akan hidup lebih lama daripada jantan.
  • SEEKOR - ikan jerung akan mencari mangsanya iaitu ikan-ikan yang lain dengan kebolehan mereka mendengar degupan jantung mangsa-mangsanya itu.
  • ANJING - jenis Chow dan Shar-Pei dari China adalah satu-satunya anjing yang mempunyai lidah bewarna hitam.
  • LEBAH-LEBAH - madu mempunyai sejenis bulu di bahagian mata mereka.
  • BERAT - bagi lidah seekor ikan paus biru sahaja sudah melebihi berat seekor gajah dewasa.
  • JANGKAHAYAT - bagi seekor ketam hermit boleh mencecah sehingga ke 75 tahun.
  • JIKA - seekor udang kara kehilangan matanya, maka mata tersebut akan tumbuh semula.
  • ADALAH - berkemungkinan untuk seekor kala jengking untuk menyegat dirinya sendiri kerana ia tidak imun dengan bisanya sendiri.
  • SEEKOR - babun bernama Jackie pernah di rekrut sebagai prebet dalam askar Afrika Selatan semasa perang dunia pertama.
  • DALAM - satu misi ke angkasa lepas, didapati seekor katak mampu untuk muntah.

Wednesday, September 1, 2010

Keracunan???

Salam buat semua pengunjung setia. Dah beberapa hari aku tidak dapat menulis dan menjeguk blog sendiri lantaran demam secara tiba-tiba.Petang jumaat lalu, lebih kurang jam 2 ptg, aku merasa badan mulai lemah dan sakit. Tc kututup seawal jam 3.30 ptg. Sampai di rumah aku berehat dan tak lama selepas itu, badanku mulai panas. Waktu berbuka aku makan ubat demam. Aku jadi pelik apabila kudapati demamku sekejab sembuh sekejab datang balik. Perutku pula jadi sakit dan aku kerap ke bilik air. Ini tak boleh jadi, aku sakit apa sebenarnya? Aku berjumpa doktor dan doktor mengesahkan aku terkena keracunan makanan. Macam mana aku boleh kena sedangkan lauk pauk yang dibeli di pasar ramadhan turut di nikmati olehku sekeluarga? Mungkin ada antara lauk yg ku makan itu telah tercemar. Aku bersyukur kerana ahli keluarga yang lain tidak terkena keracunan makanan. Secara kebetulan, aku terjumpa risalah mengenai keracunan makanan. Aku ingin berkongsi maklumat ini kepada semua...............
PANDUAN ELAKKAN KERACUNAN MAKANAN
Kecemaran makanan boleh berlaku bila ;
  • Menggunakan bahan mentah yang tercemar dengan kuman
  • Menyediakan dan menghidang makanan dengan cara yang tidak bersih
  • Menggunakan peralatan yang kotor
  • Menyimpan makanan dengan cara yang tidak sempurna

Tanda-tanda dan gejala keracunan makanan ;

  • Loya dan muntah
  • Memulas dan sakit perut
  • Sakit di bahagian abdomen ( perut )
  • Mula sakit : 2 - 72 jam selepas makan atau minum
  • Tempoh sakit : Beberapa jam hingga beberapa hari

Kenali makanan rosak / basi ;

  • Rupa berlendir, warna berlainan dari biasa, tarikh luput dan bentuk (makanan dlm tin )
  • Berbau kurang menyenangkan
  • Mempunyai rasa yang pelik

Pilih makanan ;

  • Yang masih panas dan segar
  • Yang tidak terdedah ( tidak di hinggapi lalat atau serangga )
  • Tidak berbau masam dan tidak busuk
  • Tidak berubah warna
  • Tidak berlendir
  • Tidak merasa masam
  • Makanan yang dibungkus dengan bahan yang bersih
  • Makanan yang diambil dengan peralatan yang bersih.

Tuesday, August 24, 2010

Tempat Pelancongan Paling Misteri Di Dunia

Bermuda
Di Atlantik barat laut, terletak Segitiga Bermuda. Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang. Segitiga ini juga disebut sebagai Segitiga Syaitan - semua alat berteknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak berfungsi secara normal di tempat tersebut. Bahkan seringkali komunikasi dengan dunia luar segitiga ini menjadi masalah. Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana untuk mencegah perkara ini.
Pulau Paskah
Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile, dan meraih populatiri antarabangsa kerana patung raksasa luar biasa yang berbentuk wajah manusia. Tiap patung tingginya adalah 14 kaki (sekitar 4 meter), berat sekitar 14, diperbuat dari batu vulkanisme dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui. Sehingga kini belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut. Ada berbagai teori mengenai asal patung ini dan pengertiannya termasuk salah satunya adalah teori fantastik yang mengatakan bahawa patung ini dibuat oleh UFO. Tapi sehingga kini kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap.
Mesir
Salah satu tempat paling misteri dan ajaib di planet. Berada di Afrika Utara, negara ini memiliki lebih dari 80 piramid yang tersebar di sepanjang Sungai Nil. Masing-masing tingginya mendekati 100 meter dan diperbuat dari batu raksasa dengan berat masing-masing mencapai 100 tan. Sehingga kini legenda mengenai piramid masih mengundang pelbagai gosip baru, mitos dan kepercayaan baru juga muncul. Dari kesemua piramid, yang tertinggi adalah Piramid Cheops. Semua piramid dibina hanya dengan menimbunkan satu batu di tas batu lainnya. Tidak ditemui gam, paku, atau perekat apapun digunakan dalam pembuatan piramid. Semua batu entah bagaimana saling kena, sehingga sangat sukar ditemui adanya retakan atau celah. Permasalahan pembangunan yang digunakan juga belum terjawap sehingga saat ini.

Antartika
Antartika adalah tempat yang sangat tidak mesra untuk dihuni. Begitu banyak perubahan dan fenomena yang sehingga kini menjadi rahsia besar buat sebahagian besar dari kita. Antartika juga memiliki banyak misteri, dari 14 juta kilometer benua tertutup salji dan ais dengan ketebalan antara 2000 sampai 4800 meter. Ada juga pulau yang kering tanpa salji.

Geyser
Geyser adalah aliran air panas yang menyembur ke permukaan tanah. Geyser selalu tampak menarik dan misteri. Salah satu tempat di Reykjavik, ibu negeri Iceland, terkenal dengan geysernya yang mencapai diameter 20 meter dan ketika hujan, boleh menemui pemandangan yang mengerikan. Aliran air yang menyembur luar biasa sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Di persekitaran geyser di sungai Yangbo, Tibet, China, geyser yang ada dapat meyembur dengan bunyi yang mengejutkan setiap beberapa minit sekali. Diameter semburan air panas ini mencapai 2 meter dan ketinggian semburannya dapat mencapai 20 meter.

Monday, August 23, 2010

MEMBAZIR MASA ANTARA KESILAPAN KETIKA RAMADAN

Kesilapan orang yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan.

  • Masih makan dan minum ketika azan Subuh.
  • Bersahur awal dan melewatkan berbuka.
  • Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.
  • Tidak menjaga solat fardu atau melengah-lengahkannya.
  • Tidak menjaga lidah daripada ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah atau berdusta.
  • Membazir masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio.
  • Meringan-ringankan ibadat sunat (berdoa, berzikir, membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).
  • Tidak menunaikan solat Terawih.
  • Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal Ramadan, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan pada sepuluh malam terakhir.
  • Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir. (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulai).
  • Bakhil, kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.
  • Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.
  • Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram).
  • Tidak memperbanyakkan takbir pada malam raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.
  • Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.
  • Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.

Thursday, August 19, 2010

Hutan Hujan Utama Di Dunia

TAMAN NEGARA GUNUNG KINABALU, MALAYSIA

  • Taman Negara ini menyimpan pelbagai spesies yang jarang ditemui bagi burung dan juga bunga. Malahan bunga orkid dan rafflesia juga boleh ditemui di sini. Turut terdapat di sini ialah pokok-pokok yang sangat tinggi, lintah merah selain beberapa jenis tumbuhan karnivor dan juga cacing tanah gergasi.

TAMAN NEGARA EMAS DAN CHAPADA DOS VEADEIROS, BRAZIL
  • Kawasan hutan hujan ini sangat terkenal kerana tumbuhannya yang lebat serta hidupan liarnya. Malahan semua ini berjaya membantu dan mengekalkan kawasan Cerrado dengan biodiversitinya dan menjadi habitat bagi beberapa jenis tumbuhan dan haiwan.

HUTAN AWAN EQUADOR

  • Hutan Awan Equador ini seolah-olah membawa pengunjungnya berada di tempat lain. Kita boleh melihat yang kawasan hutan awan ini akan mengunjur sehingga ke dua-dua bahagian di Andes dan cukup dikenali kerana biodiversiti yang boleh ditemui di situ yang antaranya yang paling menarik ialah kepelbagaian spesies burung yang sangat sukar ditemui. kawasan kabus dan kawasan hijau hutan ini turut menyimpan pelbagai himpunan keindahan bunga-bunga orkid dan juga bunga-bunga lain dan tidak lupa juga burung yang pelbagai jenis.

DAINTREE, AUSTRALIA

  • Kawasan hutan ini lebih dikenali sebagai sebuah hutan hujan yang bertemu dengan batu karang. Kawasan ini terletak di Utara Queensland dan mempunyai spesies flora dan fauna yang paling sukar ditemui di bumi kita. Juga boleh ditemui pelbagai jenis rama-rama, kelawar, katak dan juga berjenis-jenis reptilia di kawasan ini. Hutan ini dikatakan telah wujud sejak 135 juta tahun yang lampau dan keindahan kawasan ini hanya dapat dinikmati dan dikagumi oleh para pengunjung yang pernah bertandang di situ dan menyaksikannya sendiri.
HUTAN HUJAN AMAZON

  • Walaupun sebenarnya hutan hujan Amazon ini merangkumi sehingga 9 negara namun kebanyakkan atau sebahagian besar darinya adalah berada di Negara Brazil. Ini adalah hutan hujan yang paling besar di dunia dan oleh itu tidak hairanlah ia mempunyai biodiversiti yang cukup banyak berbanding mana-mana hutan hujan yang lain. Antaranya yang boleh ditemui di sini ialah seperti haiwan-haiwan yang pelik,tumbuh-tumbuhan yang cantik serta pelbagai jenis ikan. Turut boleh dijumpai di hutan yang penuh eksotik ini ialah pelbagai hidupan mamalia dan reptilia.

Monday, August 16, 2010

KaTaK AnEH....

Katak Mantel Merah
Katak ini memiliki mantel atau sarung merah/jingga di permukaan dorsal atau bahagian belakang badannya. Katak kecil ini, mencapai ukuran 2.5 cm panjangnya. Ukuran ini adalah kecil dan katak ini merupakan katak darat asli Madagascar.


Katak Darwin
Katak Darwin Chile cukup teratur muncul hingga sekitar tahun 1978 namun kini tidak kelihatan lagi. Ada kemungkinan spesies ini sudah pun pupus. Spesies ini yang dapat hidup di daun sampah di lantai hutan memiliki metode atau cara yang bukan kebiasaan dalam penjagaan anak-anaknya. Spesies jantan akan mengambil telur dari sarang ke kantung suaranya, tempat mereka menetas setelah sekitar lapan hari. Ketika mula merasakan yang baru menetas itu menggeliat-geliut, katak jantan akan membawa merka ke sungai untuk melepaskan anak katak. Di sini mereka akan menyelesaikan metamorfosis mereka.

Katak Beracun
Katak beracun dengan warna seperti biru cerah adalah nama umum dari sekelompok katak dalam keluarga Dendrobatidae dan merupakan katak asli Amareka Tengah dan Selatan. Tidak seperti kebanyakkan katak, ia adalah spesies yang aktif di siang hari dan sering menunjukkan tubuh berwarna cerah. Walaupun semua Dendrobatidae setidaknya agak beracun di alam liar, peringkat ketoksidaannya bervariasi dari satu spesies ke spesies berikutnya dan dari satu populasi yang lain. Banyak spesies yang berkeadaan genting dan terancam pupus. Amfibia ini sering digelar 'katak panah' oleh peribumi Amareka akibat penggunaan rembesan beracun mereka untuk meracuni hujung panahnya.


Katak Bantal
Katak Bantal boleh membesar sehingga enam inci panjang dan ia mendiami Uruguay, brazil dan argentina Utara. Walaupun mungkin kelihatan seperti bantalan tidak bergerak namun katak ini pantas ketika menyerang mengkarung, tikus kecil, burung ataupun katak yang lain.



Katak Atelopus
Dikenali dengan pelbagai nama antaranya katak badut atau Costa Rica Variable harlequin Toad. katak ini adalah spesies katak neo-tropic yang dahulu hidupnya cukup luas tersebar di seluruh Costa Rica dan Panama. Spesies ini terancam dalam keadaan genting dan hanya tinggal sedikit terutama saki-bakinya di Panama.

Friday, August 6, 2010

FAKTA MENARIK

  1. Katak jenis kayu boleh dibekukan, kemudian dikeluarkan semula dan terus hidup kerana dia menggunakan glukos di dalam badannya untuk mempertahankan organ-organ penting dalam badan jika mereka berada dalam keadaan beku.
  2. Telur ayam yang paling besar di dunia ialah seberat satu paun dan mempunyai dua bahagian kuningnya.
  3. The Great Comet yang dapat disaksikan pada tahun 1843 mempunyai ekor sepanjang 300 kilometer.
  4. Lebih 99% daripada labu yang dijual di Amerika Syarikat digunakan semata-mata untuk tujuan hiasan.
  5. Sebuah wilayah di Kanada iaitu New Brunswick pernah mengalami peperangan dengan sebuah wilayah di Amerika Syarikat iaitu Maine pada 1839 namun tiada pertumpahan darah yang berlaku.
  6. Tidak akan ada dua ekor kuda belang yang mempunyai corak belang yang sama.
  7. Paus jenis orka mampu menahan nafasnya selama 15 minit.
  8. Kilang biskut terbesar di dunia letaknya ialah di Chicago iaitu kilang Nabisco yang pada tahun 1997 telah mengeluarkan sebanyak 4.6 bilion biskut Oreo.
  9. Tasik Ontario pasa asalnya dinamakan sebagai Tasik St.Louis.
  10. Golongan wanita akan berkemungkinan mendapat masalah kaki lebih 4 kali ganda berbanding golongan lelaki.

Tuesday, August 3, 2010

Sepotong roti PENEBUS DOSA

Diriwayatkan oleh Abu Burdah bin Musa al-Asy'ari ketika menjelang wafatnya Abu Musa, lelaki itu berkata kepada puteranya: "Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita perihal seseorang yang mempunyai sepotong roti."
Zaman dahulu, di sebuah tempat ibadat, ada seorang lelaki yang sangat tekun menjalankan suruhan ALLAH SWT dan dilakukannya kira-kira 70 tahun selain tidak pernah meninggalkan tempat itu kecuali pada hari yang ditentukannya.
Bagaimanapun, satu hari dia digoda seorang wanita sebelum bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari. Selepas tersedar, dia bertaubat dan mengembara selain tidak pernah lupa untuk menjalankan suruhan-NYA. Akhirnya, dalam pengembaraannya, dia sampai di sebuah pondok yang dihuni 12 fakir miskin. Kerana keletihan, dia tertidur di pondok berkenaan bersama kumpulan fakir miskin itu.
Di sebelah pondok berkenaan, tinggal seorang lelaki yang memberi sebuku roti kepada setiap fakir miskin di sana setiap malam. Pada suatu hari, datang individu lain memberikan sebuku roti kepada setiap daripada mereka. Bagaimanapun, seorang fakir miskin berkenaan tidak menerima roti kerana bahagiannya sudah diberikan kepada lelaki yang bertaubat itu. Bertanyalah fakir miskin itu: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku?" Individu berkenaan menjawap:"kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya telah habis dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih daripada sebuku roti setiap seorang." mendengar ungkapan itu, lelaki yang bertaubat itu mengambil roti diterimanya dan diserahkan kepada fakir miskin yang tidak mendapat bahagiannya. Keesokkan harinya, dia meninggal dunia.
Di depan ALLAH SWT, ditimbang amal ibadat yang pernah dilakukan lelaki berkenaan selama kira-kira 70 tahun dengan dosa tujuh malamnya. Ternyata hasil timbangan itu, amal ibadatnya dikalahkan oleh maksiat terbabit. Bagaimanapun, ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukan, ternyata amal sepotong roti itu dapat kalahkan perbuatan dosa terbabit.
Kepada anaknya, Abu Musa berkata:"Wahai anakku,ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu."

Thursday, July 29, 2010

BiJak membeli KereTa



Pengguna yang ingin membeli kenderaan baru atau terpakai di pasaran perlu mempunyai sedikit pengetahuan dalam membuat penilaian sesebuah kenderaan yang ingin dibeli.Sejak awal lagi pembeli perlu jelas dan menetapkan tujuan membeli kereta. Jangan terpengaruh dengan taktik penjual kereta yang mempengaruhi anda untuk membeli kereta lain. Biasanya ada tiga sebab mengapa seseorang ingin membeli kereta iaitu :-
  • Memenuhi keperluan dasar sebagai alat pengangkuta seharian.
  • Untuk menunjukkan status atau diri dalam persekitaran masyarakat.
  • Untuk mendapatkan kepuasan diri sendiri atau memuaskan hobi.

Selepas mengkategorikan diri anda dalam kelompok berkenaan anda boleh menyemak langkah berikutnya:-

  1. Pilihlah kereta yang popular untuk menjamin harga jual kembali yang menguntungkan, selain itu kemudahan alat ganti dan kemudahan servis lengkap.
  2. Pilih warna aksesori yang banyak diminati.Jangan terlalu memilih warna kerana ia boleh merugikan kelak.
  3. Sedari batas kemampuan anda. Jangan terlalu gelojoh membeli kereta yang lebih mewah. selain anggaran, biaya penyelenggaraan dan operasi seharian yang lebih mahal.
  4. Harga kenderaan di Malaysia berdasarka pasaran semasa, untuk itu kunjungi lebih dari satu penjual. Biasanya ada perbezaan layanan penjual kenderaan seperti bunga pinjaman lebih rendah dan jaminan servis kenderaan.
  5. Jika ingin bertukar beli, jangan sebut harga dahulu sebelum tahu harga kereta baru. kerana biasanya harga kereta baru lebih mahal, jika kena dengan harga jual semula ia boleh mengurangkan sedikit kos anda.

Tuesday, July 27, 2010

Rempah Memiliki Khasiat Penyembuh

CENGKIH

Bahan dengan aroma khas ini mengandungi bahan kimia anti-radang yang dikenali sebagai eugenol. Melalui kajian pada haiwan, haiwan ini menghalang COX-2, iaitu sejenis protein yang menimbulkan peradangan. Selain itu cengkih juga kaya dengan antioksida.Kombinasi kedua-dua bahan ini mempunyai khasiat pada kesihatan bermula dari jantung dan membantu mencegah kanser, hinggalah melambatkan kerosakkan tulang rawan akibat radang sendi. Selain itu, komponen di dalam cengkih juga dilihat dapat memperbaiki insulin.

Jika anda sakit gigi, cuba letakkan sedikit cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya. Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. Minyak cengkih berfungsi untuk melawan bakteria sekaligus memberi kesan mematikan rasa. Hasil kajian menunjukkan cengkih juga membunuh bakteria tertentu yang kebal terhadap antibiotik.

KETUMBAR

Biji ketumbar digunakan selama ribuan tahun untuk membantu pencernaan. Cuba buat teh pekat daripada biji ketumbar yang dihaluskan dan ditapis sebelum diminum. Herba ini boleh membantu mengatasi sindrom gangguan usus dengan cara melegakan kekejangan usus yang boleh menyebabkan cirit-birit.

Kajian-kajian terdahulu juga telah menunjukkan bahawa ketumbar boleh meredakan kepanikan. Kandungan minyak di dalamnya pula dikatakan dapat melawan bakteria, termasuk e-coli dan salmonella. Di samping itu, kajian lain menunjukkan bahawa ketumbar boleh menurunkan kadar kolesterol selain mempunyai antioksidan di dalamnya.

BUAH PALA

Sama seperti cengkih, buah pala mengandungi eugenol iaitu komponen yang berkhasiat menjaga kesihatan jantung. kandungan myristicin di dalam herba ini boleh menyebabkan euphoria. Kesan ini nyata sama kesannya dengan ubat ekstasi.

Namun, dari aspek perubatan, buah pala mengandungi komponen bakteria yang kuat. Komponen di dalamnya boleh membunuh sebahagian bakteria penyebab gigi berlubang di dalam mulut. Selain itu, myristicin juga dilihat menghalang enzim di dalam otak yang boleh menyebabkan penurunan daya berfikir seseorang serta memperbaiki memori pada tikus.

SAGE

Sage dikenali sebagai penguat memori. Kajian di makmal menunjukkan bahawa sage melindungi otak daripada proses-proses yang menyebabkan daya fikir menurun secara drastik.

Kajian pada manusia menunjukkan minyak di dalam sage berfungsi memperbaiki keadaan hati, meningkatkan kepekaan, ketenangan dan kepuasan. Kajian mendapati mendapati orang dewasa sihat mempunyai prestasi ujian mengingat yang lebih baik setelah mengamalkan kapsul yang mengandungi minyak sage ini.

Sage juga dikatakan berpotensi mengatasi diabetes. Herba ini dilihat meningkatkan kerja insulin dalam menurunkan kadar gula darah sehingga sage disebut-sebut sebagai metformin ( iaitu ubat anti-diabetes yang sering digunakan ). Beberapa pengkaji juga mengatakan bahawa suplemen sage boleh membantu mencegah diabetes tahap 2.

Friday, July 23, 2010

InFo MinDa

  1. Sukan paling tua di dunia ialah gusti. Ia wujud sejak 4,000 tahun lalu di China, India dan Mesir.
  2. Manusia makan kacang sejak sejarah bermula kerana ia makanan yang sihat, berzat dan enak. Kacang juga mengandungi serat yang tinggi.
  3. Tikus adalah haiwan pemusnah. Haiwan itu memusnahkan satu pertiga daripada bekalan makanan dunia setiap tahun.
  4. Purata setiap manusia membuat 1,140 panggilan telefon setahun.
  5. Telur sering dikaitkan dengan makanan yang sempurna. Ia mengandungi lapan asid amino yang penting bagi pembentukkan protein diperlukan untuk pembesaran tubuh.
  6. Perkataan 'checkmate' berasal daripada bahasa Parsi 'Shah Mat' yang bermaksud 'raja dah mati'.
  7. Fabiana Luigini Caruana adalah pemain catur termuda paling bijak di dunia. Dia memegang gelaran Grand Master pada usia 14 tahun dan hingga kini tiada siapa lagi mampu memadamkan rekod itu.
  8. Padang pasir Atacama di Chile adalah salah satu tempat paling kering di dunia. Di sesetengah bahagian kawasan ini tidak pernah ada hujan.
  9. Gajah tidak pernah lupa mungkin sekadar kata-kata, tetapi hakikatnya haiwan berkenaan mempunyai daya ingatan yang tinggi berbanding haiwan lain.
  10. Walaupun sering dilabel pemangsa, ikan piranha biasanya hanya makan ikan lain dan jarang menyerang manusia.
  11. Badak betina adalah haiwan paling penyayang dalam dunia binatang. Ia akan memelihara anaknya sehingga berusia tiga tahun, malah selepas itu ibu dan anak masih kelihatan bersama.
  12. Di Itali terdapat sebatang sungai yang panjangnya cuma 84 meter saja. Sungai itu terbentuk daripada aliran air jeram gunung dan berakhir di Tasik Garda.
  13. Seorang bayi yang baru lahir memiliki 350 tulang lembut. Angka ini sebenarnya 150 lebih banyak berbanding tulang manusia dewasa. Jika dicantumkan kesemua tulang yang terdapat dalam tubuh seorang manusia sebenarnya ia lebih keras daripada keluli.
  14. Laut Sargasso adalah sebahagian daripada Lautan Atlantik dan mempunyai banyak kawasan ombak yang berpusar. Keluasannya mencecah dua kilometer persegi serta dipenuhi dengan rumpai laut. Keadaannya yang mengerikan itu menyebabkan tiada kapal berani merentasi Laut Sargasso.
  15. Panjang sayap burung Albatross boleh mencapai 3.5 meter, menjadikannya burung yang mempunyai sayap paling panjang di dunia.
  16. Binatang paling berbisa di dunia bukan ular tetapi haiwan amfibia iaitu katak panah beracun. Katak ini kecil saja, berwarna merah berbelang hijau dan hidup di Amerika Selatan. Racun pada kulit katak ini sangat berbisa, cukup untuk membunuh beratus-ratus orang. Ia diberi nama demikian kerana masyarakat peribumi kawasan itu suatu ketika dahulu meletakkan racunnya pada mata anak panah mereka.
  17. Laut paling dalam terletak di Mariana Trench, berdekatan Filipina iaitu 11,033 meter.
  18. Saintis pernah mengkaji usia tahi bintang yang jatuh ke bumi. Mereka terkejut apabila mendapati ada di antaranya berusia 4,600 juta tahun.
  19. Cuba teka, berapakah jumlah spesies burung yang terdapat di seluruh dunia? 1,000? 2,000? 5,000? salah...jawapannya 8,600!
  20. Pada 1,800 sebelum masihi - iaitu 500 tahun selepas bermulanya aktiviti pertanian di Sungai Tigris - dianggarkan cuma ada lapan juta manusia saja di muka bumi ini. Jumlah itu adalah sama dengan jumlah penduduk bandar raya New York sekarang.

Thursday, July 22, 2010

RENUNGKANNN.....

Wednesday, July 21, 2010

Amalan Yang Tidak Diterima Pada Bulan Ramadhan

Amalan Yang Tidak Diterima Pada Bulan Ramadhan

ANEKA PETUA

PETAI UBAT KENCING MANIS

- Ambil beberapa papan petai lalu dipotong kulitnya dan dimasukkan kedalam ketupat. Rebuslah ketupat beisi kulit petai dengan tiga gelas air dan sedikit gula merah. Biarkan air tersebut mendidih sehingga menjadi segelas. Minumlah ramuan ini dua kali sehari secara teratur.




UBI KAYU PENYEMBUH GASTRIK

- Ambil ubi kayu secukupnya lalu dikupas kulitnya dan dicuci bersih. Lalu dimakan secara mentah setiap pagi dan malam sebelum tidur.




MEMBERSIHKAN BARANGAN PLASTIK

- Ambil kapas dan celupkan pada minyak masak secukupnya. Kemudian gosoklah barang plastik dengan kapas tadi dan lakukan secara berulangkali. Kemudian baru dicuci dengan air sabun.







AIR GARAM KEKALKAN WARNA PAKAIAN
- Setelah pakaian dicuci dengan air,cuci pula dengan air garam. Cara ini akan mengekalkan warna


MENGATASI KELEMUMUR
- Campurkan minyak kelapa satu sudu dengan garam dan dipanaskan sehingga panas suam. Lalu disapu pada kulit kepala. Lakukan secara teratur sebelum anda bilas dengan air biasa.

Monday, July 19, 2010

Resepi LaKsa Johor


Bahan-bahannya:-
  1. 1 kg ikan kembung
  2. 1 kg spageti - rebus dan toskan
  3. 1 biji bawang besar
  4. 1 biji timun-dihiris nipis
  5. 30 g taugeh
  6. 6 tangkai kacang panjang
  7. 3 keping lobak asin
  8. 1 ikat daun pudina
  9. 1 biji limau nipis - dibelah empat
  10. 100 g serbuk kari ikan
  11. 15 tangkai cili kering - kisar
  12. 10 biji bawang merah - kisar
  13. 3 batang serai
  14. 3 sm lengkuas - kisar
  15. 3 sm kunyit - kisar
  16. 4 keping asam gelugor
  17. 2 sudu besar kerisik
  18. sambal belacan
  19. 500 ml santan
  20. sedikit serbuk perasa
  21. garam secukupnya

Cara membuatnya:-

  1. Ikan kembung direbus, ambil isinya dan kisar hingga halus dan ketepikan. manakala tulang2 ikan dikisar dan tapis. Ambil stoknya.
  2. Masukkan isi ikan, bahan2 yang dikisar ,kerisik dan asam gelugor ke dalam stok ikan. Masak hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 20 minit di atas api.
  3. Masukkan santan, serbuk perasa dan garam. Setelah mendidih sesuaikan rasa dan boleh diangkat.
  4. Ketika menghidang, masukkan spageti, sayur-sayuran dan sambal belacan ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah laksa.

SELAMAT MENCUBA...PASTI SEDAP..

Wednesday, July 14, 2010

sudirman:warisan

Tuesday, July 13, 2010

Anak Kucing itu COMEL

Aku sememangnya suka kucing. Bagiku kucing adalah sejenis haiwan yang manja dan comel. Pertama kali adik aku membawa balik seekor anak kucing betina dari sekolah, aku memarahinya kerana aku tidak sanggup untuk menjaganya. Namun, aku tiba-tiba dilanda perasaan sedih apabila ia jatuh sakit. Pertama kali aku mencuba merawatnya sendiri lantaran pada ketika itu aku tidak tahu di mana letaknya klinik haiwan. Syukur al-hamdulillah, ia sembuh. Sejak itu, aku turut menjaganya bersama ahli keluarga yang lain. Gelagatnya yang lucu, benar-benar menghilangkan tension. Kucing tersebut di beri nama MIKORO ASHIKO. Adik aku sukakan kartun dari Jepun. So, nama kucing diapdikasi dari watak kartun kesukaannya.

Selang beberapa bulan kemudian, Mikoro melahirkan anak pertama tetapi anaknya mati. Sehinggalah beberapa kelahiran anaknya mati, Mikoro berjaya mendapat empat ekor anak yang gebu dan sihat. Ahhh...memang comel dan aku geram sekali. Setiap hari aku bermain dengan anak Mikoro. Di sini kupelajari betapa indahnya kasih seorang ibu dalam menjaga anaknya dari anasir yang tidak di ingininya. Ibu kucing amat sayang dengan anaknya, apatahlagi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal tentu amat menyayangi anak yang lahir dari rahim sendiri. Tapi seorang anak belum tentu menyayangi ibu sendiri. Bahkan ia lupa suatu hari nanti ia jugak akan bergelar ibu. Apa perasaanya apabila anak yang dikandung tidak menyayangi sepertimana ia tidak menyayangi ibunya dahulu? FIKIRKAN.......SEJENAK.....

Thursday, July 8, 2010

Lawak Santai

Lawak pertama

  • Karim menepuk bahu pemandu teksi,hajat ingin bertanya sesuatu. Tiba-tiba dia menjerit terkejut, lalu hilang kawalan. Hampir dia melanggar belakang sebuah bas berhenti. Suasana senyap tiba-tiba kerana masing-masing tergamam. "Lain kali jangan buat macam tue. Awak menakutkan saya tadi," kata pemandu teksi. "Maaf pak cik, saya tak bermaksud nak menakutkan. Tak sangka tepukan sikit tadi boleh menyebabkan pakcik terkejut," kata Karim. " Tak mengapa, bukan salah awak! Hari ini adalah hari pertama saya pandu teksi selepas 25 tahun bawa van mayat," jelas pemandu teksi.

Lawak kedua

  • Habibah ingin mengabdikan wajahnya dalam sebuah potret. Dia pergi ke galeri, mencari pelukis baik. " Boleh lukis potret saya dengan cincin dan rantai berlian, gelang tangan bertahta batu zamrud, kerongsang delima dan jam tangan Rolex di tangan kiri saya," kata Habibah. "Tapiiii...puan tak pakai pun semua barang tue,"jawap pelukis itu sambil memerhatikan Habibah dari hujung rambut hingga hujung kaki. "Kalau saya mati dulu, suami tentu kahwin lain. Saya nak isteri barunya separuh gila mencari barang kemas yang saya pakai, itu saja,"jawap Habibah.

Lawak ketiga

  • Seorang wanita hamil terboyot-boyot pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak selama tiga bulan. Setelah mendapat gilirannya di kaunter, kerani bertanya tentang sewa yang ingin dijelaskan. " Berapa bulan, puan...?" tanya si kerani. " Dah masuk lapan bulan ni..." jawap wanita tersipu-sipu sambil mengusap-usap perutnya.