Friday, February 25, 2011
Mitos - GriFFin
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:38 AM 0 comments
Thursday, February 24, 2011
Kenali Sejarah Melaka

Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut. Pilihan Parameswara begitu tepat kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah2 tebing selat Melaka yang menghubungkan Negara China ke India dan timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Parameswara telah memeluk agama islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 dan telah memakai gelaran Sultan Iskandar Syah (1414-1424) telah meletakkan asas kemajuan Negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama islam yang terulung di rantau ini.Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 12:39 PM 0 comments
PerCuTian Yang Pelik
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:20 AM 0 comments
Wednesday, January 26, 2011
KaTa-KaTa HikMaH....
Berikut adalah beberapa kata-kata hikmah:-
Daripada Sayidina Ali Abi Talib
- Dada orang berakal itu ialah peti suaranya.
- Apabila sempurna akal, kurang perkataan.
- Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir (pemandu) untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
Pepatah China
- Benar jadi berani.
Pepatah Arab
- Kalau bekerja dianggap menyusahkan, menganggur merosakkan.
Hamka
- Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu dan enggan mendekati suatu yang tercela. Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur.
Ulama
- Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak megerjakan amal soleh.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 3:55 PM 0 comments
Hairan Dengan Manusia.......
Petikan ayat-ayat di bawah ini, saya ambil dari Majalah Mastika yang ditulis dalam bahasa jawi dan saya terjemahkan ke dalam bahasa melayu. Petikan ini daripada buku fadilat zikir karya Maulana Muhammad Zakaria :-
- Aku hairan sikap orang mengetahui adanya maut tapi masih ketawa.
- Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tapi masih mencintainya.
- Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.
- Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya timbangan amal terhadap dirinya tapi masih menimbunkan harta kekayaan.
- Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya neraka jahanam tapi masih berani melakukan maksiat.
- Aku hairan sikap orang yang mengenal zat ALLAH tapi masih mengingati sesuatu selain dariNYA.
- Aku hairan terhadap sikap orang yang tahu adanya syurga tapi masih mencari kemewahan hidup di dunia.
- Aku hairan sikap orang yang menganggap syaitan itu sebagai musuh tapi masih mentaatinya.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 3:37 PM 0 comments
HaiWan TerPIntaR?
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 2:31 PM 0 comments
Monday, January 24, 2011
Rumah Pasang Siap
Di luar negara terdapat pelbagai kaedah rekabentuk rumah pasang siap. Adakah anda juga teringin untuk memiliki rumah seperti ini? Tepuk dada tanyalah selera...
MAISON EVOLUTIVRumah seluas 70 meter persegi yang digelar Maison Evolutiv ini dibina menggunakan dua modul yang telah di prarekacipta dan diletakkan di atas satu sama lain. Pihak pembinanya telah meletakkan bahagian atas rumah sebagai paksi untuk mencipta pelbagai ruang luaran dengan kawasan dalaman. Rumah ini juga adalah sebuah rumah yang mesra alam yang hanya menggunakan tenaga sebnyak 48kwh bagi setiap meter persegi dalam tempoh setahun. Sistem solar di bahagian bumbung rumah membekalkan kemudahan air panas manakala simpanan air hujan pula akan digunakan untuk kemudahan tandas dan juga hiasan landskap.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:59 AM 0 comments
Wednesday, January 12, 2011
WaniTa BerPENGARUh....
Ini dia di antara wanita-wanita yang berpengaruh........
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 12:09 PM 0 comments
Wednesday, January 5, 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA.............
HAPPY NEW YEAR 2011 FOR U ALL...........
Permulaan tahun yang menarik..Selama ini kita hanya kenal beberapa warna sahaja tidak termasuk warna asas. Kebanyakkan kita tak tahu nama warna yang ada. Berikut adalah beberapa warna ganjil yang kita tak pernah dengar :-
WARNA GAMBOGE
WARNA FALU REDPosted by Cik RaFiza Abu Samah at 2:58 PM 0 comments
Wednesday, December 22, 2010
Kaloriku
Salam...
- Lelaki = 2000-2500 kalori
- Perempuan = 1600-2000 kalori
Apa akan berlaku jika terlebih kalori?
- Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.
Berikut adalah senarai jumlah kalori mengikut kategori:-
MAKANAN RUTIN
- Nasi putih (11/2 cawan) = 260
- Nasi lemak bersambal ( 1 pinggan) = 400
- Nasi lemak berlauk telur goreng ( 1 pinggan) = 494
- Nasi goreng bertelur (1 pinggan) = 635
- Nasi briyani ayam (1 pinggan) = 880
- Nasi briyani kambing (1 pinggan) = 587
- Nasi ayam (1 pinggan) = 363
- Mee goreng kosong (1 pinggan) = 660
- Mee sup (1 mangkuk) = 380
- Mee kari (1 mangkuk) = 529
- Meehon goreng (1 pinggan) = 550
- Meehon sup (1 mangkuk) = 380
- kuehtiaw goreng ( 1 pinggan) = 312
- Roti putih gardenia (2 keping) = 151
- Roti canai kosong tanpa kuah ( sekeping) = 200
- Capati berkuah ( sekeping) = 300
- Murtabak tanpa kuah ( sekeping) = 146
- Soto ayam ( semangkuk) = 493
LAUK PAUK
- Ikan kembung goreng seekor = 140
- Ikan kembung bakar seekor = 108.2
- Ikan Tengiri goreng bercili seekor = 142
- Daging kari 2 ketul = 130
- Ayam kari seketul = 250
- Ayam bakar seketul = 173
- Ayam tandori seketul = 220
- Telur goreng sebiji = 110
- Telur rebus sebiji = 91
- Sotong goreng secawan = 55
- Sambal udang secawan = 70
- Sup ayam semangkuk = 84
- Sup kambing semangkuk = 227
KUIH MUIH
- Kasui berkelapa sekeping = 160
- Bingka ubi sekeping = 220
- Cekodok pisang sebiji = 180
- Popia goreng sekeping = 130
- Popia basah sekeping = 95
- Pisang goreng sekeping = 170
- Seri muka sekeping = 144
- Pau kacang merah sebiji = 203
- Bubur pulut hitam semangkuk = 200
- Sandwich sardin sekeping = 70
- Karipap sebiji = 130
MINUMAN
- Coke 1 gelas = 150
- Minuman kotak = 105
- Kopi susu secawan = 120
- Teh tarik secawan = 120
- Teh o secawan = 20
- Milo secawan = 178
- Jus oren segelas = 112
- Tebu segelas = 184
Semoga dengan usaha ini aku berjaya mencapai berat idaman biarpun lambat tapi mempunyai hasil yang lebih memuaskan......SELAMAT BERJAYA......
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 1:32 PM 0 comments
Wednesday, November 10, 2010
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 1:04 PM 0 comments
Tuesday, November 9, 2010
Tips penjagaan pokok kaktus kacukan
- Siram bila perlu sahaja, dua tiga hari sekali seperti juga untuk pokok kaktus yang lain. Pastikan medium tanamannya kering dahulu sebelum menyiramnya semula. Ini sangat perlu diikuti kerana terlalu banyak air siraman atau air bertakung dalam medium tanamanya boleh menyebabkan akarnya mudah menjadi reput dan boleh mematikan pokok.
- Ia sesuai ditanam di kawasan yang banyak sinaran matahari untuknya hidup subur.
- Baja khas untuk tanaman kaktus adalah sangat sesuai untuk pertumbuhannya. Namun begitu baja organik seperti najis kelawar atau ayam yang siap diproses boleh juga digunakan. Sila ikuti arahan penggunaan seperti tertera di pek baja yang digunakan.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 12:24 PM 0 comments
Makanan Halal beri Kesan ROHANI, JASMANI
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:54 AM 0 comments
Wednesday, November 3, 2010
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:42 AM 0 comments
NaGa Penjaga GuNung Bergerak KeTika TiDuRRR..
Gunung Merapi dijaga 'Baruklinting' iaitu seekor naga besar. Itu kepercayaan penduduk setempat yang mengatakan gunung berapi paling aktif di dunia itu dilingkari naga terbabit yang sedang tidur. Bagi penduduk setempat, naga itu melingkari gunung berapi itu. Biarpun ianya hanya satu mitos tetapi mereka percaya gegaran yang berlaku disebabkan naga berkenaan bergerak ketika tidur. Bagi mereka, jika tidak mahu ditimpa musibah, pengunjung Gunung Merapi tidak boleh bermulut celupar dan menjaga adat kesopanan ketika berada di sekitar gunung itu.Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 10:15 AM 0 comments
Wednesday, October 27, 2010
BanGunan TerCantik Di DuNia
JANTAR MANTAR,JAIPUR, RAJASTHAN, INDIA
Planetarium dari abad ke-17 ini berperanan penting untuk meramalkan peristiwa astronomi mahupun meteorologi di daerah tersebut. Lokasi yang paling mengagumkan adalah alat penunjuk waktu dengan bantuan mataharinya atau disebut juga dengan nama Samrat Yantra.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:57 AM 0 comments
Tuesday, October 26, 2010
Catatan Hariku....
Salam buat pengujung setiaku....
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:41 AM 0 comments
Tuesday, September 28, 2010
LIF yg MENgagumKAn
SANTA JUSTA ( PORTUGAL )
LIF LACERDA ( BRAZIL )
MENARA EIFFEL ( PERANCIS )Lif Bailong yang berada di negara China ini ialah sebuah projek kontroversi. Lif setinggi 326 meter tinggi ini akan membawa para penumpangnya ke salah satu bahagian dari banyak bahagian yang terdapat di curam yang sangat tinggi di Zhangjiajie, China. Ia mendakwa adalah lif bahagian luar yang paling tingggi dan paling berat di dunia. Malahan lif ini telah mendapat tiga pengiktirafan rekod Guinness iaitu lif bahagian luar tekanan penuh paling tinggi di dunia, lif dengan dek berkembar untuk pemandangan paling tinggi di dunia dan lif trafik penumpang paling laju dengan muatan yang paling besar. Namun masa depan lif ini masih menjadi tanda tanya kepada semua orang kerana ada pihak rasmi yang mendakwa kononya lif ini telah menimbulkan isu-isu yang ada kena mengena dengan alam semulajadi.
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 9:11 AM 0 comments
Thursday, September 23, 2010
PaDa MALAM ISnin ini.....
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 11:42 AM 0 comments
Wednesday, September 22, 2010
TeMpat-TemPat MenaRik Yg Perlu DiLaWati...
Posted by Cik RaFiza Abu Samah at 10:13 AM 0 comments








































